Pemansuhan AP Bertentangan Dengan Perlembagaan Malaysia

Pemansuhan AP Bertentangan Dengan Perlembagaan Malaysia

Pemansuhan AP Bertentangan Dengan Perlembagaan Malaysia

Pengumuman Perdana Menteri, Ismail Sabri, mengumumkan pemansuhan Approved Permit (AP) bahan makanan menimbulkan pelbagai pro dan kontra.

Ada pihak yang menganggap pengumuman itu sebagai langkah populis yang pra matang.

Mantan Menteri Kewangan II, Johari Ghani, menegaskan pemansuhan AP tidak boleh dibuat secara serta merta.





Menurut beliau, pemansuhan AP perlukan kajian menyeluruh dan mesti dibuat secara berperingkat.

Ada juga yang berpendapat, pemansuhan AP bahan makanan bukanlah langkah yang tepat untuk mengatasi kenaikan harga.

Kerajaan sepatutnya memberikan fokus untuk mengurangkan kebergantungan negara kepada impot bahan makanan dari negara luar.

Dari sudut perlembagaan, pemansuhan AP yang diumumkan oleh Ismail Sabri adalah bertentangan dengan Perlembagaan Malaysia.

Perkara 153 (6) jelas menyatakan:





Jika menurut undang-undang persekutuan yang sedia ada suatu permit atau lesen dikehendaki bagi mengendalikan apa-apa pertukangan atau perniagaan, maka Yang di-Pertuan Agong boleh menjalankan fungsinya di bawah undang-undang itu mengikut apa-apa cara, atau memberikan apa-apa arahan am kepada mana-mana pihak berkuasa yang dipertanggungkan di bawah undang-undang itu dengan pemberian permit atau lesen itu, sebagaimana yang dikehendaki untuk memastikan perizaban apa-apa perkadaran daripada permit atau lesen itu bagi orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak sebagaimana yang difikirkan munasabah oleh Yang di-Pertuan Agong; dan pihak berkuasa itu hendaklah mematuhi arahan itu dengan sewajarnya.

Dan Perkara 153 (7) pula menyatakan :

Tiada apa-apa jua dalam Perkara ini boleh berkuat kuasa untuk melucutkan atau memberi kuasa supaya dilucutkan apa-apa hak, keistimewaan, permit atau lesen mana-mana orang, yang terakru kepada orang itu atau yang dinikmati atau dipegang oleh orang itu atau untuk memberi kuasa untuk menolak pembaharuan mana-mana permit atau lesen mana-mana orang atau untuk menolak pemberian apa-apa permit atau lesen kepada waris, pengganti atau penerima serah hak seseorang jika pembaharuan atau pemberian itu mungkin semunasabahnya dijangkakan mengikut perjalanan biasa keadaan.

Perkara 153 Perlembagaan Malaysia, adalah peruntukan perlembagaan yang melindungi hak dan keistimewaan orang Melayu dan Bumiputera.

Ianya mengatasi kuasa parlimen dari meminda atau memansuhkannya kerana ianya berada di bawah kuasa YDP Agong dan Raja Raja Melayu.





Walau pun mendapat persetujuan dari keseluruhan Ahli Parlimen, ianya TIDAK BOLEH diubah, dipinda atau dimansuhkan tanpa perkenan YDP Agong atau Raja Raja Melayu.

Memang benar, dari sudut prosedur, pemberian AP adalah di bawah budi bicara kerajaan.

Tetapi dari sudut perlembagaan, pemberian AP kepada orang Melayu dan Bumiputera adalah anugerah dari YDP Agong di bawah Perkara 153(6) Perlembagaan Malaysia.

Dan hanya YDP Agong sahaja yang layak menarik balik atau memansuhkan AP yang diberi seperti di dalam Perkara 153(7) Perlembagaan Malaysia.

Memansuhkan AP secara keseluruhan adalah juga memansuhkan AP yang dimiliki oleh orang Melayu dan Bumiputera dan ianya jelas bertentangan dengan Perlembagaan Malaysia.





Untuk mengelakkan satu lagi krisis perlembagaan, kerajaan mesti membuat pengumuman penangguhan pemansuhan AP dengan segera.

 

Pemansuhan AP Bertentangan Dengan Perlembagaan Malaysia

 

Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :





Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker