Polis Chicago tembak remaja berusia 13 tahun disiasat

Polis Chicago tembak remaja berusia 13 tahun disiasat
Gambar hiasan. – Foto AGENSI

Polis Chicago tembak remaja berusia 13 tahun disiasat

CHICAGO: Pejabat Awam Akauntabiliti Polis (COPA) menyiasat kes seorang remaja berusia 13 tahun yang tidak bersenjata ditembak selepas disyaki terbabit dalam kes curi kenderaan.

Remaja terbabit yang parah kini berada dalam keadaan stabil dan sedang menerima rawatan di sebuah hospital.

Superintendan Jabatan Polis Chicago, David Brown, dalam sidang media berkata pihaknya memberi kerjasama penuh kepada COPA yang menyiasat tragedi berkenaan.

Katanya, semua anggota polis yang terbabit dalam kes itu kini diarah bercuti sementara siasatan berjalan.





Brown berkata, siasatan awal mendapati kes itu bermula dengan kejadian Selasa lalu apabila anggotanya mengejar sebuah kenderaan yang disyaki terbabit dalam kes kecurian kereta.

Dalam insiden itu, empat suspek melarikan sebuah kereta bersama kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun di dalamnya manakala ibu mangsa diheret apabila berpaut pada kenderaannya, mengakibatkan wanita itu cedera selepas terjatuh.

Keesokannya, polis cuba menghentikan sebuah kenderaan yang disyaki terbabit dalam kes berkenaan.

Sebaik kereta itu berhenti, seorang penumpang iaitu remaja berusia 13 tahun bertindak keluar dari kenderaan dan melarikan diri sebelum dikejar anggota polis.

Seorang anggota kemudiannya melepaskan satu das tembakan yang terkena remaja terbabit ketika dia berpaling ke arahnya.





Penyiasat COPA dalam kenyataan pula memaklumkan, pihaknya sudah memperoleh rakaman kamera badan daripada anggota polis terbabit termasuk rakaman kamera keselamatan bandar raya serta pihak ketiga.

Dalam kes berasingan, seorang individu terbunuh manakala empat lagi cedera dalam kejadian tembakan.

Jurucakap polis Chicago, Tom Ahern, berkata kejadian berlaku pada jam 10.40 malam di Near North Side.

Chicago Times melaporkan semua mangsa yang cedera dibawa ke hospital berhampiran dan berada dalam keadaan serius serta kritikal.

Polis bagaimanapun tidak mendedahkan identiti semua mangsa manakala perincian kes serta punca kejadian masih belum diperoleh. – REUTERS





Pegawai SPRM disiasat kes edar dadah

Polis Chicago tembak remaja berusia 13 tahun disiasat


​Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : – MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Penderaaan rumahtangga : –  Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999.

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214. Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929.





Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda.

Pemansuhan AP Bertentangan Dengan Perlembagaan Malaysia

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker