PVATM nafi terbabit perhimpunan 6 Jun

PVATM nafi terbabit perhimpunan 6 Jun
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein beramah mesra dengan veteran ATM pada Sambutan 100 Tahun Persatuan Veteran ATM (PVATM) di Dataran Pahlawan Negara, Putrajaya, hari ini. – NSTP/SAMADI AHMAD

PVATM nafi terbabit perhimpunan 6 Jun

PUTRAJAYA: Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (PVATM) menafikan terbabit dalam perhimpunan yang akan diadakan pada 6 Jun depan, bertujuan menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap kerajaan.

Presidennya, Datuk Shaharudin Omar, berkata kebelakangan ini terdapat segelintir veteran menubuhkan kumpulan sendiri bertujuan memperjuangkan isu kebajikan mereka, sering mendesak kerajaan menyelesaikan tuntutan dengan segera.

“Cara perjuangan mereka berbeza dengan PVATM. Kami tidak terbabit dengan mana-mana kumpulan veteran lain dalam perhimpunan yang akan diadakan itu, lebih-lebih lagi ia menggunakan kaedah perhimpunan di jalanan dan tidak berhemah.

“Konsep perjuangan PVATM amat jelas sejak penubuhannya sehingga kini dalam memperjuangkan apa juga isu kebajikan ahli,” katanya ketika berucap pada Majlis Perbarisan Veteran Sempena 100 Tahun di Dataran Pahlawan Negara, di sini hari ini.





Yang turut hadir, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hisammuddin Hussein dan Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jeneral Tan Sri Affendi Buang.

Sebelum ini media melaporkan, dianggarkan 5,000 veteran ATM akan mengadakan perhimpunan aman di ibu negara pada 6 Jun depan.

Shaharudin berkata, PVATM sentiasa mengambil pendekatan dan rundingan secara berhemah bagi mencari keputusan ‘menang menang’ dengan semua pihak bagi memperjuangkan kebajikan ahli.

Menurutnya, persatuan itu juga juga sentiasa tegas dalam mengangkat isu sejagat serta mengadakan pendekatan berhemah dan toleransi dalam menyelesaikan dan menangani isu berbangkit.

“PVATM tidak pernah menaja mana-mana pihak bagi membuat tuntutan isu secara tidak berhemah. Kami mengharamkan ahli menyertai perhimpunan itu dan sekiranya didapati ada yang terlibat, mereka akan dikenakan tindakan kerana melanggar arahan,” katanya.





Pimpinan PAS disaran berhemah ketika berkempen

PVATM nafi terbabit perhimpunan 6 Jun


​Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : – MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Penderaaan rumahtangga : –  Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999.

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214. Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929.





Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda.

Pemansuhan AP Bertentangan Dengan Perlembagaan Malaysia

 





Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker