Real Madrid simpan tenaga sebelum final

Real Madrid simpan tenaga sebelum final
MADRID: Perlawanan terakhir Real Madrid sebelum final Liga Juara-Juara Eropah menentang Liverpool berakhir dengan keputusan seri tanpa jaringan bertemu Real Betis.
Carlo Ancelotti menurunkan skuad terkuatnya untuk perlawanan terakhir La Liga itu walaupun sudah mengesahkan kejuaraan dan final di Paris semakin hampir, tetapi kedua-dua pasukan gagal memecah kebuntuan.
Ia juga adalah perlawanan terakhir buat Marcelo dan Gareth Bale yang akan meninggalkan Santiago Bernabeu akhir musim ini selepas kontrak masing-masing tamat.
Marcelo dimasukkan pada babak kedua dan diberi tepukan gemuruh oleh penyokong, dengan Karim Benzema menyerahkan lilitan kapten kepadanya.

Bale bagaimanapun sekali lagi tidak disenaraikan susulan kecederaan belakang sejak beberapa minggu lalu.
Keputusan seri itu menyaksikan skuad kendalian Ancelotti menamatkan musim dengan 86 mata, 13 di depan Barcelona yang boleh mengurangkan jurang itu apabila bertemu Villarreal malam ini.
Sebelum perlawanan, kedua-dua pasukan saling memberikan penghormatan dengan Real Betis masuk ke padang sebagai juara Piala Raja Sepanyol dan Madrid sebagai juara La Liga. – AFP
PRN Melaka: Azmin Mengamuk, Dah Bagi Betis Nak Peha, Peha Haziqkah Min?

Real Madrid simpan tenaga sebelum final
Disyorkan Untuk Anda :
- Mengapa KJ Tidak Di Siasat Dalam Kes Zahid Hamidi?
- Siapa Wanita Yang Di Katakan Isteri Baru Najib Dan Siapa Suami Beliau Sebenarnya?
- PH: Lantikan Tajuddin Sebagai Duta Memalukan, Don’t Probok Probok Lah…