Salah tetap buru empat kejuaraan

Salah tetap buru empat kejuaraan
LIVERPOOL: Penyerang Liverpool Mohamed Salah merasakan peluang untuk merangkul kejuaraan Liga Perdana Inggeris musim ini masih ada.
Liverpool perlu mengharapkan Manchester City tercicir mata bertemu Aston Villa manakala mereka perlu memastikan kemenangan ke atas Wolverhampton Wanderers sekiranya mahu mengesahkan kejuaraan ketiga daripada empat trofi musim ini.
“Saya harap City seri atau kalah, dan kami akan memenangi liga. Kami semua teruja dengan situasi ini. Ia berlaku dua tahun lalu, dan mereka memenangi liga.
“Kami semua optimis, dan ia terletak di tangan anda. Anda perlu menang perlawanan anda dan kemudian lihat apa yang terjadi,” kata Salah.
Liverpool berdepan juara 13 kali Eropah Real Madrid pada final Liga Juara-Juara Eropah di Paris Sabtu depan, peluang menjulang trofi ketiga musim ini selepas Piala Liga dan Piala FA.”Ketika saya berkata saya harap dapat jumpa Real Madrid, ia seperti saya mengatakan sesuatu yang silap tentang mereka.
“Saya bercakap tentang pasukan paling kuat dalam sejarah Liga Juara-Juara, dan saya katakannya kerana apa yang berlaku sebelum ini.
“Perlawanan itu pasti sukar, dan pasukan ini sudah menewaskan semua pasukan kuat. Saya teruja dengan final ini dan berharap dapat memenanginya,” kata pemain Mesir itu.
Real menewaskan Liverpool 3-1 pada final Liga Juara-Juara 2018 di Kyiv hasil jaringan Karim Benzema dan dua gol Gareth Bale selepas Sadio Mane menyamakan kedudukan untuk The Reds. – REUTERS
Polis buru dua lagi suspek kes bunuh
Salah tetap buru empat kejuaraan
Disyorkan Untuk Anda :
- Mengapa KJ Tidak Di Siasat Dalam Kes Zahid Hamidi?
- Siapa Wanita Yang Di Katakan Isteri Baru Najib Dan Siapa Suami Beliau Sebenarnya?
- PH: Lantikan Tajuddin Sebagai Duta Memalukan, Don’t Probok Probok Lah…
Pemansuhan AP Bertentangan Dengan Perlembagaan Malaysia