Selebriti TikTok Pakistan dikritik eksploitasi kebakaran hutan

Selebriti TikTok Pakistan dikritik eksploitasi kebakaran hutan
Gambar hiasan. – Foto REUTERS

Selebriti TikTok Pakistan dikritik eksploitasi kebakaran hutan

ISLAMABAD: Selebriti media sosial Pakistan yang memiliki jutaan pengikut dikecam selepas menghasilkan video TikTok berlatarbelakangkan hutan sedang terbakar, ketika negara dilanda gelombang haba paling buruk.

Pemilik akaun ‘Dollyofficiall’ itu memuat naik rakaman dirinya berpakaian gaun berwarna perak sambil berjalan di hadapan kaki bukit yang marak terbakar dengan petikan ‘Kebakaran berlaku di mana saja saya berada’.

Kes terbaru itu berlaku sebulan selepas polis menahan seorang lelaki di barat laut bandar Abbottabad, kerana sengaja menyebabkan kebakaran hutan untuk dijadikan latar belakang sebuah video.

‘Dollyofficiall’, yang memiliki 11 juta pengikut di TikTok, dalam kenyataan dikeluarkan seorang pembantu, memaklumkan dia tidak menyebabkan kebakaran dan penghasilan video itu tidak membahayakan sesiapa.





“Dia sepatutnya berusaha memadamkan kebakaran berbanding cuba mengambil kesempatan untuk menjadi popular,” kata aktivis alam sekitar yang juga Pengerusi Badan Pengurusan Hidupan Liar Islamabad, Rina Saeed Khan Satti.

Beliau berkata, sekurang-kurangnya satu kebakaran berlaku di kawasan bukit yang mengelilingi ibu negara Pakistan, semata-mata untuk dijadikan kandungan video peribadi.

“Mesej yang cuba dihantar melalui video ini amat berisiko dan perlu dihentikan,” katanya.

Seorang pengguna media sosial dalam ruangan komen video dihasilkan ‘Dollyofficiall’ berkata, tindakan selebriti itu disifatkan sebagai jahil dan perbuatan gila.

Berdasarkan Indeks Risiko Iklim Global oleh Germanwatch, Pakistan adalah negara kelapan paling terdedah kepada cuaca melampau yang disebabkan oleh perubahan iklim.





Kebakaran hutan sering berlaku antara pertengahan April hingga penghujung Julai disebabkan suhu melampau selain kejadian petir dan kegiatan pertanian. – AFP

Eksploitasi seks, 7 wanita Thailand diselamatkan

Selebriti TikTok Pakistan dikritik eksploitasi kebakaran hutan

 


​Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : – MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392





Penderaaan rumahtangga : –  Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999.

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214. Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda.

Pemansuhan AP Bertentangan Dengan Perlembagaan Malaysia

 





Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker