Skuad petanque negara ada peningkatan di Hanoi

Skuad petaque negara yang menggalas cabaran di Hanoi kali ini disertai 17 atlet yang merangkumi enam atlet berpengalaman dan selebihnya pertama kali menyertai temasya dwi tahunan berkenaan.
Skuad petanque negara ada peningkatan di Hanoi
HANOI: Jurulatih skuad petanque negara, Syed Ali Syed Akil melihat prestasi anak buahnya di Sukan SEA 2021 daripada perspektif berbeza meskipun pasukan tidak berupaya menepati sasaran diletakkan.
Syed Ali berkata pasukan yang menggalas cabaran di sini kali ini disertai 17 atlet yang merangkumi enam atlet berpengalaman dan selebihnya pertama kali menyertai temasya dwi tahunan berkenaan.
“Kalau nak diikutkan dengan keputusan Sukan SEA sebelum-sebelum ini, kita memang tak mencapai sasaran. Namun apa yang baiknya, ada atlet yang meraih pingat itu adalah muka baharu dan pertama kali.
“Kita lihat ada peningkatan yang ditunjukkan oleh atlet baharu ini dan ia sesuatu yang baik,” katanya yang turut melihat prestasi pesaing juga hampir sama dengan anak buahnya namun nasib tidak menyebelahi mereka kali ini.
“Kalau nak dikirakan, memang lebih kurang sama saja (prestasi pesaing). Saya lihat hampir sama dan atlet kita boleh memberikan saingan. Selepas ini saya harap atlet ini dapat diberikan pendedahan ke luar negara untuk mengumpul pengalaman lebih berharga.”
Di sini, skuad petanque negara meraih satu perak dan dua gangsa sekali gus gagal menepati sasaran dua emas. Perak diraih menerusi acara double wanita disertai Sharifah Aqilah Farhana dan Nurashimah Senin.
Gangsa dihadiahkan dalam acara triples lelaki dan doubles campuran disertai Sharifah Afiqah Farzana Syed Ali dan Syed Afiq Fakhri Syed Ali.
Untuk rekod, pada penampilan tiga tahun lalu di Filipina, skuad petanque membawa pulang satu emas satu perak dan dua gangsa.
Skuad petanque negara ada peningkatan di Hanoi
Disyorkan Untuk Anda :
- Mengapa KJ Tidak Di Siasat Dalam Kes Zahid Hamidi?
- Siapa Wanita Yang Di Katakan Isteri Baru Najib Dan Siapa Suami Beliau Sebenarnya?
- PH: Lantikan Tajuddin Sebagai Duta Memalukan, Don’t Probok Probok Lah…