Suami ditemui lemas, isteri masih hilang mandi laut jam 4 pagi

Suami ditemui lemas, isteri masih hilang mandi laut jam 4 pagi
Ahmad Qarib Ab Kadir dan Rokiah Abd Rahman. – NSTP/Rosli Ilham

Suami ditemui lemas, isteri masih hilang mandi laut jam 4 pagi

CHUKAI: Sekumpulan pemancing menemui mayat lelaki, kira-kira 10 jam selepas dia lemas ketika mandi bersama isterinya di Pantai Penunjuk, Kijal di Kemaman, dekat sini, awal pagi semalam.

Mayat Ahmad Qarib Ab Kadir, 60, ditemui pada jarak kira-kira dua batu nautika dari Kuala Kemaman, pada kira-kira jam 2.10 petang tadi, tetapi isterinya, Rokiah Abd Rahman, 59, masih belum ditemui setakat ini.

Pengarah Zon Maritim Kemaman, Komander Maritim Rashidilhadi Abd Rashid, berkata sebaik menerima laporan, pihaknya mengatur gerak menyelamat menggunakan bot Penggalang 17 ke lokasi kejadian.

“Anggota kami tiba di lokasi kejadian kira-kira jam 3 petang sebelum mengangkat dan membawa mayat mangsa ke Jeti Kuala Kemaman kira-kira jam 3.30 petang.





Suami ditemui lemas, isteri masih hilang mandi laut jam 4 pagi
Mayat Ahmad Qarib Ab Kadir yang ditemui lemas dibawa ke Bilik Forensik Hospital Kemaman untuk siasatan lanjut. – NSTP/Rosli Ilham

Dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi semalam, Ahmad Qarib dan Rokiah dikhuatiri lemas ketika mandi di Pantai Penunjuk selepas dihanyutkan arus deras.

Pasangan suami isteri dari Madrasah Ad Diniah, Kampung Pangsenam, Temerloh, Pahang itu dikatakan bercuti ke pantai berkenaan bersama empat anak dan mandi pada jarak kira-kira 40 meter dari tempat penginapan mereka.

Anak mangsa yang turun ke pantai itu kira-kira jam 5 pagi gagal menemui pasangan terbabit sebelum menghubungi pihak berkuasa.

Terdahulu, Ketua Balai Bomba Dan Penyelamat Kijal, Mohamad Adri Mat Harun, berkata bomba menerima panggilan kecemasan jam 5.43 pagi sebelum bergegas ke lokasi kejadian.

Menurutnya, anak mangsa yang menyedari kedua ibu bapanya hilang cuba mencari di sekitar kawasan pantai, namun gagal menemui mangsa.





“Operasi mencari dan menyelamat kedua-dua mangsa membabitkan 61 anggota bomba, polis, RELA dan penduduk kampung segera digerakkan.

“Kawasan pencarian membabitkan radius keluasan 500 meter persegi dengan menggunakan bot bomba, polis dan nelayan,” katanya.

66 mangsa banjir di Dungun, Kemaman





Suami ditemui lemas, isteri masih hilang mandi laut jam 4 pagi


​Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : – MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Penderaaan rumahtangga : –  Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999.

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214. Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda.

Pemansuhan AP Bertentangan Dengan Perlembagaan Malaysia





 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker