Syarikat pengeluar mi di Melaka didenda RM15,000

Syarikat pengeluar mi di Melaka didenda RM15,000

Syarikat pengeluar mi di Melaka didenda RM15,000

MELAKA: Pengurus syarikat pengeluar mi, Miku Mamami Sdn Bhd, didenda RM15,000 atau enam bulan penjara selepas mengaku salah di Mahkamah Sesyen Air Keroh, terhadap tiga tuduhan termasuk melepaskan efluen tanpa dirawat ke dalam longkang pada April tahun lalu.

Ng Kah Eng, 47, mengaku bersalah terhadap tuduhan mengikut Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Efluen Perindustrian) 2009, Akta Kualiti Alam Sekeliling (AKAS) 1974 [Akta 127].

Hakim Nariman Badruddin yang mendengar kes itu menetapkan hukuman itu bagi semua pertuduhan selepas meneliti semua fakta, rayuan dan hujah pendakwaan.





“Saya sedar kesalahan dan mohon maaf kepada mahkamah. Syarikat juga sudah menghentikan operasi kerana masalah kewangan, jadi pohon hukuman denda paling rendah,” rayu Kah Eng.
ADVERTISEMENT

DISYORKAN UNTUK ANDA
Kilang penapisan minyak makan ditahan operasi
Kilang fabrikasi logam dikompaun RM32,000 kerana mencemar
Kilang diarah henti operasi susulan pencemaran Sungai Ngulang
Air sungai bertukar hijau, pengarah, pengurus kilang ditahan

Pendakwaan dijalankan Pegawai Pendakwa JAS, Norsora Mohd Jadi manakala tertuduh tidak diwakili peguam bela.

Mengikut pertuduhan pertama, syarikat itu didakwa mengikut Peraturan 7(2) AKAS 1974 kerana gagal dan tidak pernah mengemukakan rekod bulanan dan pemantauan pembuangan efluen perindustrian untuk diperiksa secara bertulis atau melalui aplikasi ‘online environmental reporting (OER) seperti ditetapkan.

Bagi pertuduhan kedua dan ketiga, syarikat didapati melakukan kesalahan mengikut Peraturan 10(1) dan Peraturan 11(1)(b) peraturan sama, iaitu sistem pengolahan efluen perindustrian bagi memproses mi kuning dan mihun tidak diawasi oleh ‘orang yang berwibawa’ dan diperakui oleh Ketua Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) serta melepaskan efluen tanpa dirawat ke longkang.





Efluen dilepaskan mengandungi BOD (Keperluan Oksigen Biokimia) pada 20 darjah celsius yang berkepekatan 4,765 miligram per liter (mg/l) dan melebihi had dibenarkan 50 mg/l; pepejal terampai 1,600 mg/l melebihi 100 mg/l serta minyak dan gris berkepekatan 31 mg/l melebihi 10 mg/l.

Semua kesalahan itu dilakukan di premis syarikat di Plot 32, Jalan EP Serkam, Kawasan Perindustrian Halal Hub Serkam, Jasin pada 24 April 2021, kira-kira 5 petang hingga 6 petang dan boleh dihukum mengikut Peraturan 32, peraturan sama, jika disabit boleh didenda maksimum RM100,000 atau penjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya sekali.

Mengikut fakta kes, dua pegawai penguat kuasa JAS menjalankan pemantauan ke atas kolam takungan banjir di Perindustrian Halal Hub, Serkam yang berbau busuk.

Mereka mendapati punca air masuk adalah dari longkang awam di kawasan itu yang berwarna kekuningan, berbau masam dan berwap.

Pemeriksaan lanjut mendapati air itu mengalir dari premis Miku Mamami Sdn Bhd yang menghasilkan produk mi kuning serta mihun sebelum tiga sampel efluen dihantar untuk analisa di Jabatan Kimia Malaysia Melaka.





Analisa menunjukkan syarikat melakukan kesalahan seperti pertuduhan selain semakan juga mendapati premis pernah dikompaun lapan kali atas kesalahan pengendalian sistem pengolahan efluen perindustrian pada 2017, 2018, 2020 dan 2021.

Pengurus besar syarikat pengeluar kereta direman bantu siasatan kes rasuah

Syarikat pengeluar mi di Melaka didenda RM15,000


​Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : – MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Penderaaan rumahtangga : –  Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999.





KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214. Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda.

Pemansuhan AP Bertentangan Dengan Perlembagaan Malaysia

 





Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker