Twitter umum dasar baharu elak penyebaran maklumat salah ketika krisis
Twitter umum dasar baharu elak penyebaran maklumat salah ketika krisis
WASHINGTON: Twitter semalam mengumumkan dasar global baharu untuk menangani penyebaran maklumat yang salah atau tidak benar ketika krisis, lapor Sputnik.
“Hari ini (semalam), kami memperkenalkan dasar mengenai salah maklumat ketika krisis – dasar global yang akan membimbing usaha kami untuk meningkatkan maklumat boleh dipercayai dan berwibawa.
“Selain itu, membantu memastikan maklumat salah tidak disebar atau disiarkan oleh kami ketika krisis,” menurut Twitter.
Pendekatan baharu itu akan membantu memperlahankan penyebaran kandungan paling ketara serta mengelirukan, terutama yang menjurus kepada bahaya, kata Twitter.
Syarikat media sosial itu menjelaskan, ia mungkin menambah notis amaran pada siaran, termasuk yang mengandungi gambaran palsu mengenai konflik; serta dakwaan palsu berkenaan penggunaan kekerasan atau pencerobohan kedaulatan wilayah.
Selain itu, dakwaan palsu mengenai jenayah perang atau kekejaman besar-besaran terhadap populasi tertentu; dan maklumat palsu berhubung tindak balas masyarakat antarabangsa, sekatan, tindakan pertahanan atau operasi kemanusiaan.
Bagaimanapun, Twitter memaklumkan, ulasan yang kukuh, usaha membongkar atau menyemak fakta dan anekdot peribadi atau maklumat orang pertama, tidak termasuk dalam skop dasar baharu itu.
Katanya, ciapan yang melanggar dasar akan diletakkan notis amaran yang memberitahu pembaca bahawa kandungan itu mungkin palsu atau mengelirukan. – BERNAMA
Twitter umum dasar baharu elak penyebaran maklumat salah ketika krisis
Disyorkan Untuk Anda :
- Mengapa KJ Tidak Di Siasat Dalam Kes Zahid Hamidi?
- Siapa Wanita Yang Di Katakan Isteri Baru Najib Dan Siapa Suami Beliau Sebenarnya?
- PH: Lantikan Tajuddin Sebagai Duta Memalukan, Don’t Probok Probok Lah…