Yayasan Bank Rakyat bantu bekas pemain badminton Sarawak

Yayasan Bank Rakyat bantu bekas pemain badminton Sarawak
Ketua Bahagian Operasi YBR, Syaiful Rizal Abd Ghani dan Pengurus Jabatan Komunikasi Korporat YBR, Mohamad Ghazali Zainal Abidin menyampaikan sumbangan kepada pesakit kanser limfoma, Irsyad Iskandar di rumahnya di Kuching, Sarawak. – Foto YBR

Yayasan Bank Rakyat bantu bekas pemain badminton Sarawak

KUALA LUMPUR: Bekas pemain badminton Sarawak, Irsyad Iskandar Sukiman, yang menghidap penyakit kanser limfoma tahap empat menerima sumbangan RM5,000 daripada Yayasan Bank Rakyat (YBR) bagi menampung kos rawatannya.

Irsyad Iskandar, 20, yang juga pelajar Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Kuala Lumpur dan baru sahaja selesai menjalani kemoterapi disahkan menghidap penyakit itu sejak September lalu.

Ketua Bahagian Operasi YBR, Syaiful Rizal Abd Ghani berkata, yayasan itu menerima permohonan bantuan daripada ibu Irsyad Mastuyah Abdul Wahab, pada 13 Mei lalu.

Beliau berkata, sumbangan yang diberikan itu diharap dapat membantu bagi menampung kos rawatan penyakit yang sedang dihadapi dengan jumlah kos keseluruhan perubatan dianggarkan sebanyak RM150,000.





“Yayasan Bank Rakyat berharap sumbangan ini dapat mengurangkan bebanan yang kini ditanggung oleh keluarga Irsyad Iskandar serta menampung perbelanjaan kos rawatan kimoterapi,” katanya selepas menyampaikan bantuan di rumah Irsyad Iskandar di Lorong Bunga Akasia 3, Kuching, Sarawak.

Turut hadir ialah Pengurus Jabatan Komunikasi Korporat YBR,

Mohamad Ghazali Zainal Abidin.

Mastuyah memaklumkan anak bongsu daripada lima beradik itu sudah menjalani 12 sesi kimoterapi.

Irsyad aktif bermain badminton sejak umur sembilan tahun menyertai pelbagai pertandingan mewakili Sarawak dalam pelbagai kejohanan badminton namun terpaksa berhenti bermain disebabkan penyakit yang dialaminya.





“Disebabkan penyakit yang dihidapi ini, Irsyad akhirnya berhenti bermain badminton pada tahun lalu,” katanya dalam satu kenyataan.

YBR memperuntukkan hampir RM500,000 bagi pemberian sumbangan membantu golongan yang kurang bernasib baik bagi meningkatkan kesejahteraan sosio ekonomi penerima melalui pembangunan pendidikan, pemerkasaan masyarakat serta bantuan penjagaan kesihatan.

Orang raamai yang ingin menghulur bantuan kepada Irsyad Iskandar boleh menghubungi Mastuyah Abdul Wahab di talian 012-6161795 atau menyalurkan sumbangan ke akaun RHB Bank: 16121700041570 atas nama Mastuyah Abdul Wahab.

2 jemaah ditembak ketika sedang solat di masjid





Yayasan Bank Rakyat bantu bekas pemain badminton Sarawak


​Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : – MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Penderaaan rumahtangga : –  Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999.

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214. Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929.





Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda.

Pemansuhan AP Bertentangan Dengan Perlembagaan Malaysia

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker