2 beradik maut akibat tanah runtuh di Afghanistan

2 beradik maut akibat tanah runtuh di Afghanistan
Gambar hiasan. – Foto AGENSI

2 beradik maut akibat tanah runtuh di Afghanistan

BAMIYAN: Dua kanak-kanak perempuan terbunuh dalam tragedi tanah runtuh di sebuah perkampungan di wilayah Waras semalam.

Jurucakap pentadbiran wilayah Bamiyan, Sabour Sighani, berkata bencana yang mengorbankan dua beradik terbabit berlaku di kampung Kaftar Khan.

Ia adalah tanah runtuh kali kedua yang berlaku dalam tempoh beberapa minggu lalu.

Isnin lalu, empat orang terbunuh manakala dua lagi cedera dalam kejadian sama di daerah Shiolar-e-Payan di utara wilayah Badakhshan.





Dalam perkembangan lain di Kabul, seorang kanak-kanak maut dan seorang lagi cedera dalam letupan di bandar

Memetik kenyataan pegawai polis, Sayed Ishaw Saleh, agensi berita Bakhtar melaporkan ia berpunca daripada sejenis bahan letupan lama peninggalan era perang.

Peranti itu tiba-tiba meletup ketika kanak-kanak terbabit bermain dengannya.

Tragedi itu juga adalah yang kedua berlaku membabitkan bahan letupan tinggalan zaman perang sejak beberapa hari lalu.

Kejadian sama berlaku di daerah Balablock di barat wilayah Farah pada Selasa lalu, yang meragut nyawa seorang kanak-kanak dan mencederakan dua lagi.





sebahagian besar bahan letupan termasuk jerangkap samar yang tinggalkan ketika perang meletus di Afghanistan sebelum ini sering meragut nyawa penduduk sehingga ke hari ini. – AGENSI

3 beradik hilang, 6 selamat bot karam

2 beradik maut akibat tanah runtuh di Afghanistan


​Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : – MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Penderaaan rumahtangga : –  Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999.





KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214. Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda.

Pemansuhan AP Bertentangan Dengan Perlembagaan Malaysia

 





Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker