Rakyat mengundi Gabenor Bangkok buat kali pertama dalam sedekad

Rakyat mengundi Gabenor Bangkok buat kali pertama dalam sedekad
Rakyat Thailand mengundi pada pilihan raya Gabenor Bangkok di sebuah pusat mengundi di Bangkok hari ini. – Foto AP

Rakyat mengundi Gabenor Bangkok buat kali pertama dalam sedekad

BANGKOK: Rakyat keluar mengundi hari ini bagi pemilihan Gabenor Bangkok pertama dalam tempoh hampir sedekad dengan undian itu dilihat sebagai petunjuk undi nasional yang dijangka dalam tempoh setahun.

Kira-kira empat juta orang layak mengundi dalam tinjauan pertama sejak protes jalanan secara besar-besaran diketuai belia di Thailand pada 2020 menuntut perubahan politik dan pembaharuan kepada monarki yang tidak pernah disentuh.

Bagaimanapun, kehidupan seharian dan bukannya politik mendominasi kempen calon dengan pesaing utama berjanji untuk membersihkan megapolis yang sesak, tercemar dan bising yang mempunyai 10 juta penduduk.

Pusat mengundi dibuka di seluruh Bangkok pada jam 8 pagi waktu tempatan dan ditutup jam 5 petang, dengan pemeriksaan suhu serta peraturan COVID-19 di setiap pusat mengundi.
ADVERTISEMENT
Ads by





DISYORKAN UNTUK ANDA
Parti Bangsa Malaysia mohon pengundi Johor beri peluang
331,922 ahli PKR Selangor, 81,869 di Perak pilih pemimpin
Pilihan raya pilih presiden baharu bermula di Filipina
Dira tinjau kawasan sebelum mengundi
“Saya tidak teruja dengan pilihan raya. Ia tidak akan mengubah Bangkok, tetapi saya mengundi seseorang yang saya fikir boleh mengubah Bangkok walaupun sedikit. Saya berharap calon ini akan membuat sedikit perubahan,” kata pemuda berusia 28 tahun yang hanya mahu dikenali sebagai Nat selepas mengundi.

Seramai 30 calon bertanding untuk jawatan tertinggi selepas rampasan kuasa pada 2014 menyaksikan pilihan raya tempatan dibatalkan dan bandar itu dikendalikan oleh pemimpin yang dilantik kerajaan.

Penganalisis politik, Thitinan Pongsudhirak dari Universiti Chulalongkorn, berkata keputusan itu akan memberi sedikit gambar mengenai kesanggupan ibu negara untuk menyokong calon pertubuhan diraja dan tentera yang mendominasi politik Thailand.

“Bangkok bukan Thailand, tetapi pemilihan Gabenor Bangkok kali ini akan menjadi penamat kepada pilihan raya yang lebih besar akan datang,” katanya. – AFP

Timbalan ketua bank pusat Myanmar dilantik tentera ditembak





Rakyat mengundi Gabenor Bangkok buat kali pertama dalam sedekad


​Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : – MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Penderaaan rumahtangga : –  Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999.

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214. Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda.

Pemansuhan AP Bertentangan Dengan Perlembagaan Malaysia





 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker