Anggota badan, mayat disyaki pendaki dihantar ke jabatan forensik

Anggota badan, mayat disyaki pendaki dihantar ke jabatan forensik
Operasi SAR ditamatkan dan Pos Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) di Pos Atap Baru ditutup berikutan penemuan anggota tubuh manusia dan mayat yang dipercayai milik kedua-dua mangsa. – Foto Ihsan Bomba

Anggota badan, mayat disyaki pendaki dihantar ke jabatan forensik

IPOH: Kesemua anggota tubuh manusia dan mayat yang disyaki milik dua pendaki wanita hilang yang dihanyutkan kepala air ketika mendaki kawasan Gunung Suku Simpang pulai di sini dihantar ke Jabatan Forensik, Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk bedah siasat dan pengesahan identiti.

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid turut mengesahkan, penemuan mayat kedua mangsa pendaki pada jam kira-kira 11.15 pagi tadi.

“Pasukan Operasi mencari dan menyelamat (SAR) dengan bantuan Unit Pengesan K-9, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) berjaya menjumpai satu mayat disyaki milik mangsa kedua tertanam dalam tanah, satu meter di tepi laluan Sungai Gunung Suku berhampiran km 31 Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands.

“Dengan penemuan anggota tubuh manusia dan mayat yang dipercayai milik kedua-dua mangsa, maka Operasi SAR ini ditamatkan dan Pos Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) di Pos Atap Baru ditutup.





“Polis Diraja Malaysia (PDRM) Perak mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua agensi Kerajaan dan swasta yang turut membantu dalam operasi ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Ahad lalu, dua wanita dikenali sebagai See Su Yen, 32, dan Ng Yee Chew, 46, dihanyutkan kepala air ketika mendaki gunung berkenaan kira-kira jam 5 pagi.

Dalam kejadian itu, sekumpulan 29 pendaki mendengar bunyi air dan tanah runtuh dari atas gunung lalu mengambil keputusan untuk berpatah balik.

Bagaimanapun, ketika dalam perjalanan kembali ke tempat permulaan, kepala air menimpa kumpulan pendaki itu dan dua wanita berkenaan, masing-masing dari Cheras dan Klang, Selangor, dihanyutkan arus deras.

Media melaporkan, dalam tempoh beberapa hari lalu, pasukan penyelamat menemukan sebelah kaki dan bahagian badan dipercayai milik seorang daripada pendaki terbabit. Yang turut ditemui, beberapa cebisan pakaian selain beberapa lagi cebisan anggota badan.





Anggota badan, mayat disyaki pendaki dihantar ke jabatan forensik

Saman telah dihantar kepada Dr M, Muhyiddin, kata Zahid

Anggota badan, mayat disyaki pendaki dihantar ke jabatan forensik


​Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : – MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Penderaaan rumahtangga : –  Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999.





KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214. Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda.

Pemansuhan AP Bertentangan Dengan Perlembagaan Malaysia

 

 





Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker