Cacar monyet semakin pantas merebak

Cacar monyet semakin pantas merebak
Gambar fail menunjukkan kesan pada pesakit cacar monyet. – Foto REUTERS

Cacar monyet semakin pantas merebak

LONDON: Pihak berkuasa kesihatan di Britain, Amerika Syarikat (AS), Kanada dan beberapa negara Eropah kini menyiasat penularan mendadak penyakit cacar monyet, lapor Badan Penyiaran British (BBC).

Kes terbaru wabak yang biasanya ditemui di Benua Afrika itu dilaporkan di Perancis, Itali, Sweden, Australia Sepanyol dan yang terkini di Israel.

Pihak berkuasa, dalam usaha mengesan kontak pesakit cacar monyet di Britain, kini menyiasat bar dan spa untuk golongan gay apabila enam daripada sembilan kes di negara itu didapati pernah berkunjung ke dua premis berkenaan.

Ketua Kesihatan Britain mengarahkan siasatan menyeluruh ke tempat yang dikunjungi enam lelaki homoseksual dan biseksual itu selepas mereka diuji positif cacar monyet pada minggu lalu.





Ia termasuk bar, kelab dan sauna, menurut kemas kini oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Corak sama dikesan di Eropah, di mana tujuh lelaki gay atau biseksual diuji positif di Sepanyol dan sembilan lelaki yang kebanyakannya berusia lebih muda turut disahkan dijangkiti wabak itu di Portugal.

Agensi Keselamatan Kesihatan Britain (UKHSA) mengeluarkan amaran kepada golongan lelaki gay supaya berwaspada terhadap ruam di muka atau bahagian kemaluan mereka.

Pakar bimbang kes yang semakin kerap dilaporkan bakal melonjak dengan cepat kerana majoriti pesakit tidak mempunyai kaitan antara satu sama lain, sekali gus menunjukkan kemampuan virus itu merebak dengan pantas dan lebih meluas.

“Kontak rapat sedang dinilai berdasarkan tahap pendedahan mereka dan disusuli pengawasan aktif atau pasif selama 21 hari dari tarikh pendedahan terakhir kepada kes dan vaksinasi sedang ditawarkan kepada kontak berisiko tinggi.





“Hubungan seksual dan tempat yang dilawati contohnya sauna, bar dan kelab sedang disiasat secara aktif untuk empat kes GBMSM (gay, biseksual dan lelaki yang melakukan hubungan seks sejenis),” menurut kemas kini terbabit.

Selain itu, sebilangan kes turut dikesan di Sepanyol dan AS selain siasatan terhadap 13 kes disyaki cacar monyet di Kanada pada Rabu lalu.

Menurut Badan Penyiaran Britain, simptom awal penyakit cacar monyet termasuk demam, sakit kepala, bengkak, sakit belakang dan sakit otot diikuti dengan bintik-bintik ruam, dengan jangkitan sembuh dalam tempoh antara 14 hingga 21 hari.

Cacar monyet tidak mengancam nyawa, namun dalam kes tertentu, penyakit itu didapati boleh membawa maut. – AGENSI

Monyet hidup ditemui disembunyikan dalam beg di Thailand





Cacar monyet semakin pantas merebak


​Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : – MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Penderaaan rumahtangga : –  Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999.

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214. Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda.

Pemansuhan AP Bertentangan Dengan Perlembagaan Malaysia





 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker