FAZURA IDAM ANAK LELAKI, KEMBAR TAK SEIRAS
"HUJUNG TAHUN MUNGKIN MASA SESUAI KAMI MULAKAN USAHA..."
FAZURA IDAM ANAK LELAKI, KEMBAR TAK SEIRAS
“Memang kami sedang merancang untuk mendapatkan cahaya mata kedua. Fatima pun dah nak masuk dua tahun dan dia selalu menonton video yang berkaitan dengan bayi. Jadi, saya tahu dia sangat sukakan bayi. Insya-Allah, sekarang saya masih lagi sibuk dengan urusan kerja.
“Jadi, penghujung tahun ini mungkin masa yang sesuai untuk kami mulakan usaha,” itulah ujar pelakon Nur Fazura yang berkongsi mengenai perancangannya untuk menambah bilangan cahaya mata dalam rumah tangganya bersama suami yang juga pelakon, Fattah Amin.
Fazura ketika ditemui berkata, anaknya iaitu Nur Fatima Aisya juga kerap kali menunjukkan reaksi suka apabila menonton video berkaitan dengan bayi. Pada masa sama, dia juga mengakui berdoa agar dikurniakan tiga cahaya mata.
“Insya-Allah, kalau ada rezeki, saya nak anak lelaki. Tapi, pada masa sama, saya juga memohon dan berdoa semoga ada bayi nombor tiga pula sebab saya nak tiga anak. Kalau kembar, saya lebih suka kalau mereka memiliki rupa paras yang berbeza dan bukan kembar seiras,” katanya.
Untuk makluman, Fazura dan Fattah berkahwin pada 27 November 2017 dan dikurniakan cahaya mata pertama pada 2 Oktober 2020.
FAZURA IDAM ANAK LELAKI, KEMBAR TAK SEIRAS
Disyorkan Untuk Anda :
- Mengapa KJ Tidak Di Siasat Dalam Kes Zahid Hamidi?
- Siapa Wanita Yang Di Katakan Isteri Baru Najib Dan Siapa Suami Beliau Sebenarnya?
- PH: Lantikan Tajuddin Sebagai Duta Memalukan, Don’t Probok Probok Lah…
Lawati Laman :
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : – MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Penderaaan rumahtangga : – Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999.
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214. Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929.
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda.
Pemansuhan AP Bertentangan Dengan Perlembagaan Malaysia