Golf Kejuaraan KIA turut disertai pemenang emas Sukan SEA

Golf Kejuaraan KIA turut disertai pemenang emas Sukan SEA
Gandingan pemain golf negara yang memenangi emas pada temasya Sukan SEA 2021 di Hanoi akan turut menyertai Kejuaraan KIA PGM di Glenmarie Hotel & Golf Resort, minggu depan.

Golf Kejuaraan KIA turut disertai pemenang emas Sukan SEA

KUALA LUMPUR: Golf Kejuaraan KIA yang julung kali diadakan di Glenmarie Hotel & Golf Resort, dekat sini, menyaksikan Jelajah Golf Profesional Malaysia (PGM) kembali dilangsungkan selepas berehat sejak April lalu susulan Ramadan.

Penyertaan pemain terbaik lelaki dan wanita negara akan merancakkan lagi saingan yang akan membuka tirainya, minggu depan antaranya Shahriffuddin Ariffin, Ben Leong, Nicholas Fung dan Danny Chia.

Kategori wanita menyaksikan penyertaan Aretha Pan yang memburu kejuaraan Jelajah PGM buat kali kedua berturut-turut selain pemenang perak Sukan SEA, Mirabel Ting and Ainil Johani Bakar.

Kejohanan terbabit menawarkan wang tunai RM120,000 bagi kategori lelaki manakala RM20,000 bagi kategori wanita.





Selain penyertaan pemain senior, beberapa pemain muda akan turut berentap termasuklah pasukan lelaki yang merangkul pingat pada temasya Sukan SEA 2021 di Hanoi iaitu Ervin Chang, Marcus Lim, K Rhaasrikanesh dan Nateeshvar Ganesh.

Pemain lain yang dijangak turut bertanding di Glenmarie nanti adalah Dianne Luke, Michelle Koh dan Nur Durriyah Damian.

Pengerusi Eksekutif Bermaz Auto Berhad, Datuk Sri Yeoh Choon San berkata pihaknya selaku penaja berbesar hati untuk terus bekerjasama dengan Jelajah PGM dan tidak sabar untuk menantikan kejohanan itu berlangsung dengan penuh keterujaan.

“Apa yang mengujakan kami adalah bukan kerana ini adalah kejohanan sulung bagi Kejuaraan KIA tetapi kita mendapat penyertaan yang baik bagi kedua-dua kategori.

“Ini satu perkembangan yang baik buat Jelajah PGM dan juga kami, apatah lagi ia diserikan dengan penyertaan barisan atlet negara yang merangkul pingat pada temasya Sukan SEA di Vietnam,” kata Choon San.





Skuad petanque negara ada peningkatan di Hanoi

Golf Kejuaraan KIA turut disertai pemenang emas Sukan SEA


​Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : – MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Penderaaan rumahtangga : –  Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999.

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214. Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929.





Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda.

Pemansuhan AP Bertentangan Dengan Perlembagaan Malaysia

 

 





Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker