Kok Leong berpeluang tambah satu lagi emas snuker

Kok Leong berpeluang tambah satu lagi emas snuker
Pemain snooker negara, Lim Kok Leong ketika bertemu pemain Thailand, Passakorn Suwannawat pada separuh akhir individu lelaki Sukan SEA 2021 di Ha Dong Gymnasium, Hanoi. – Foto NSTP/Hairul Anuar Rahim.

Kok Leong berpeluang tambah satu lagi emas snuker

HANOI: Lim Kok Leong berpeluang menambah koleksi pingat emas peribadinya pada Sukan SEA 2021 apabila berjaya mara ke final acara snuker perseorangan lelaki esok.

Juara kebangsaan dua kali itu mempamerkan pukulan konsisten sepanjang saingan separuh akhir untuk menewaskan bekas pemain profesional dari Thailand, Passakorn Suwannawat, 4-0 (95-21, 68-64, 99-0, 76-40) di Gimnasium Ha Dong di sini, hari ini.

Kejayaan Kok Leong itu menyaksikan beliau akan berdepan James Wattana di peringkat akhir selepas legenda snuker Thailand itu menumpaskan pemain Myanmar, Aung Phyo 4-1 (69-42, 113-9, 1-90, 107-0, 67-61) dalam satu lagi aksi separuh akhir.

Pada 17 Mei lalu, atlet negara berusia 27 tahun itu meraih pingat emas pertamanya pada temasya kali ini selepas mengungguli acara perseorangan snuker 6-Red.





Sementara itu, pengurus pasukan snuker negara, Kok Hon Keong optimis Kok Leong mampu menyaingi prestasi legenda Thailand itu pada perlawanan akhir, esok.

“James Wattana mempunyai reputasi tersendiri tetapi dia sudah berusia 52 tahun manakala Kok Leong 27 tahun. Jadi saya rasa Kok Leong mampu bersaing dengan pemain Thailand itu,” katanya.

Beliau berkata pencapaian Kok Leong mara ke final acara perseorangan itu menyaksikan skuad snuker negara sudah melepasi sasaran satu emas yang ditetapkan.

Setakat ini, pasukan negara sudah memenangi satu emas daripada Kok Leong dan satu gangsa menerusi Moh Keen Hoo, dalam acara yang sama.

– BERNAMA





Kok Leong hadiahkan emas ke-23

Kok Leong berpeluang tambah satu lagi emas snuker


​Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : – MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Penderaaan rumahtangga : –  Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999.

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214. Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929.





Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda.

Pemansuhan AP Bertentangan Dengan Perlembagaan Malaysia

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker