Lapangan Terbang Changi sedia terima trafik tinggi

Lapangan Terbang Changi sedia terima trafik tinggi
Seorang penumpang melakukan urusan pelepasan Imigresen di lorong automatik di Terminal 2 Lapangan Terbang Changi. – Foto CAG

Lapangan Terbang Changi sedia terima trafik tinggi

SINGAPURA: Lapangan Terbang Changi Terminal 2 akan dibuka semula secara berperingkat bermula 29 Mei ini sebagai persediaan menerima peningkatan trafik tinggi beberapa bulan akan datang, kata Kumpulan Lapangan Terbang Changi (CAG).

Terminal berkenaan ditutup untuk kerja penambahbaikan sejak Mei 2020.

Penggantungan operasi di Terminal 2 sepatutnya berlangsung selama tempoh 18 bulan, tetapi terpaksa dilanjutkan berikutan penularan COVID-19.

Apabila kerja penambahbaikan selesai pada 2024, perluasan kawasan terminal berkenaan akan meningkatkan kapasiti di kemudahan itu daripada lima juta kepada 28 juta pergerakan penumpang setiap tahun.





“Pada fasa pertama kemajuan pembukaan semula Terminal 2 dengan tumpuan utama seperti ketibaan Imigresen, tuntutan bagasi dan pintu sentuhan di sayap selatan terminal akan sedia untuk operasi penerbangan,” kata CAG.

Terminal 2 akan menjadi hos terutama membabitkan ketibaan penerbangan pada waktu puncak bagi syarikat penerbangan yang sedang beroperasi di Terminal 3.

Sejumlah kecil pelepasan penerbangan Terminal 3 kemungkinan akan menggunakan pintu pelepasan Terminal 2, meskipun penumpang penerbangan akan terus mendaftar masuk dan terus ke pelepasan Imigresen di Terminal 3, kata CAG.

Perluasan Terminal 2 menyaksikan ia mempunyai ruang dewan ketibaan Imigresen yang lebih besar dengan lebih banyak lorong Imigresen automatik dan lorong bantuan khas.

Laluan Imigresen automatik akan menyediakan perkhidmatan kepada rakyat dan penduduk Singapura yang mendaftar biometrik iris serta imbasan wajah mereka dengan Pihak Berkuasa Imigresen dan Pemeriksaan.





Ia termasuk pelawat asing yang layak dan sudah melakukan perkara sama sebaik tiba di Singapura.

“Lagi ramai penumpang mendaftar, jumlah laluan Imigresen automatik akan ditingkatkan.

“Untuk laluan bantuan khas, kemudahan ruang ini akan diperluaskan berbanding laluan konvensional, membolehkan penumpang dengan bantuan mobiliti termasuk kumpulan yang memiliki keluarga besar untuk menyelesaikan urusan imigresen dengan mudah,” kata syarikat itu,” tambah CAG – AGENSI.

Kapal perang Jerman berlabuh di Changi





Lapangan Terbang Changi sedia terima trafik tinggi


​Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : – MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Penderaaan rumahtangga : –  Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999.

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214. Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda.

Pemansuhan AP Bertentangan Dengan Perlembagaan Malaysia





 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker