Lebam, retak pergelangan tangan dibelasah pelajar senior

Lebam, retak pergelangan tangan dibelasah pelajar senior
Keadaan tangan seorang pelajar tingkatan satu yang retak akibat dipukul pelajar senior dalam kejadian di asrama sebuah sekolah menengah di Sikamat, dekat sini. – Foto ihsan pembaca

Lebam, retak pergelangan tangan dibelasah pelajar senior

SEREMBAN: Seorang pelajar tingkatan satu di sebuah sekolah menengah di Sikamat, dekat sini, mengalami lebam selain retak pada tulang pergelangan tangan akibat dibelasah pelajar senior.

Kejadian berlaku pada 13 Mei lalu ketika mangsa, 13, dipanggil pelajar senior ke sebuah bilik di asrama sekolah terbabit kira-kira jam 12 tengah malam kerana didakwa membuat masalah.

Bapa kepada mangsa, Zainizam Wakimun, 45, berkata, anaknya pada mulanya enggan memaklumkan kejadian itu kerana bimbang dibuli lebih teruk, namun isterinya yang mendapat tahu terus menghubungi pihak sekolah.

“Anak saya menjadi mangsa buli dan dipukul. Ketika dipanggil ke bilik asrama itu, dia dipukul pada badan dan disepak tiga pelajar tingkatan empat dan seorang pelajar tingkatan tiga,” katanya ketika dihubungi, hari ini.





Zainizam berkata, akibat kejadian itu anaknya mengalami lebam, sakit pada badan, pinggul, tangan dan bahu, selain baru sahaja disahkan mengalami retak pada pergelangan tangan.

“Anak menghubungi abangnya keesokan pagi dan menceritakan kejadian itu dalam keadaan menangis, namun meminta supaya tidak memaklumkan kepada saya. Namun abangnya menceritakan kepada isteri sebelum isteri ke sekolah untuk berjumpa pengetua.

“Ketika perjumpaan bersama pengetua, isteri menunjukkan kecederaan dialami anak dan mereka juga terkejut,” katanya.

Menurut Zainizam, dia kesal dengan pihak sekolah kerana cuba menutup kejadian itu, selain cuba menyelesaikan perkara itu di peringkat sekolah sedangkan anaknya mengalami kecederaan dan trauma.

“Saya menghantar anak ke sekolah berkenaan bagi mengembangkan bakat sukan bola sepaknya kerana sekolah ini mempunyai rekod baik dalam sukan itu, selain pencapaian akademiknya juga bagus.





“Namun sekarang anak seolah-olah trauma dan bermati-matian tidak mahu ke sekolah. Pelajar yang mencederakan anak saya masih belum diambil tindakan dan masih meneruskan pembelajaran seperti biasa,” katanya.

Susulan kejadian itu, Zainizam membuat satu laporan di Balai Polis Sikamat pada 13 Mei lalu.

USOP NAFI PUKUL TUNANG SAMPAI MATA LEBAM

Lebam, retak pergelangan tangan dibelasah pelajar senior


​Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : – MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392





Penderaaan rumahtangga : –  Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999.

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214. Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda.

Pemansuhan AP Bertentangan Dengan Perlembagaan Malaysia

 





Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker