Lelaki ditahan tipu RM560,000 urusan jual beli emas

Lelaki ditahan tipu RM560,000 urusan jual beli emas
Lelaki dengan tujuh rekod jenayah lampau ditahan selepas memperdaya wanita dalam urus niaga jual beli emas. – Foto ihsan Polis Daerah Dang Wang

Lelaki ditahan tipu RM560,000 urusan jual beli emas

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki ditahan selepas memperdaya seorang wanita dalam urusan jual beli emas sehingga menyebabkan mangsa kerugian RM560,000.

Suspek berusia 30 tahun yang disahkan mempunyai tujuh rekod jenayah lampau berkaitan penipuan itu ditahan di sebuah hotel di Jalan Stesen Sentral di sini kira-kira jam 3.10 pagi tadi, kurang 24 jam selepas mangsa membuat laporan polis.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Delhan Yahaya mengesahkan laporan polis dibuat wanita terbabit jam 4.27 petang semalam.

Beliau berkata, laporan itu dibuat selepas mangsa tidak menerima emas yang dibeli walaupun wang sudah diserahkan ketika berurusan secara bersemuka dengan suspek di Jalan Conlay, di sini.





Hasil maklumat dan risikan, katanya sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Daerah Dang Wangi menahan suspek di hotel di Jalan Stesen Sentral.

“Susulan penahanan itu, polis merampas sebuah kereta, wang tunai RM250,750, tiga telefon bimbit, sepasang kasut, sehelai baju dan seluar, satu cop nama sebuah syarikat, buku cek bank, lima kad mesin juwang automatik (ATM), pasport, anak kunci serta sekeping kad akses kediaman.

“Suspek kini ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan atas kesalahan menipu,” katanya ketika dihubungi.

Noor Delhan turut mengingatkan orang ramai dinasihatkan sentiasa berhati-hati dalam urusan perniagaan dan membuat semakan latar belakang individu atau syarikat terlebih dahulu sebelum membuat apa-apa urusan perniagaan.

Pengarah urusan, jurutera ditahan bantu kes tuntutan palsu





Lelaki ditahan tipu RM560,000 urusan jual beli emas

 


​Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : – MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Penderaaan rumahtangga : –  Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999.

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214. Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929.





Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda.

Pemansuhan AP Bertentangan Dengan Perlembagaan Malaysia

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker