Moscow pertimbang tukar tahanan Ukraine untuk sekutu Putin

Moscow pertimbang tukar tahanan Ukraine untuk sekutu Putin
Viktor Medvedchuk. – Foto AGENSI

Moscow pertimbang tukar tahanan Ukraine untuk sekutu Putin

MOSCOW: Moscow akan mempertimbangkan untuk menukar tahanan dari batalion Azov Ukraine untuk Viktor Medvedchuk, seorang ahli perniagaan Ukraine yang rapat dengan Presiden Vladimir Putin, kata seorang perunding Russia.

“Kami akan melihat kemungkinan itu,” kata Leonid Slutsky, anggota kanan pasukan rundingan Russia di Ukraine bercakap dari bandar pemisah Donetsk di tenggara Ukraine, lapor agensi berita RIA Novosti.

Medvedchuk, 67, seorang ahli politik dan antara individu terkaya di Ukraine terkenal hubungan rapatnya dengan Putin.

Beliau melarikan diri daripada tahanan rumah selepas pencerobohan Russia ke atas Ukraine pada Februari, tetapi ditahan semula pada pertengahan April lalu.





Jumaat lalu, tentera Russia mengumumkan pasukan pertahanan terakhir di bandar pelabuhan strategik Mariupol di tenggara Ukraine menyerah kalah selepas bertahan di kilang keluli Azovstal selama berminggu-minggu.

Antara pejuang Ukraine yang menyerah diri kepada tentera Russia adalah anggota rejimen Azov, bekas unit separa tentera yang bergabung dengan angkatan bersenjata Ukraine.

Russia menyifatkan unit itu yang mempunyai hubungan sebelum ini dengan kumpulan sayap kanan sebagai organisasi neo-Nazi.

Pada 26 Mei lalu, Mahkamah Agung Russia dijadualkan mempertimbangkan permintaan untuk mengklasifikasikan rejimen Azov sebagai ‘organisasi pengganas’ yang boleh merumitkan pertukaran tahanan itu.

Ketua Pemisah Donetsk, Denis Pushilin, berkata tentera Ukraine yang mempertahankan loji Azovstal perlu dibicarakan.





“Saya percaya kes undang-undang tidak dapat dielakkan. Keadilan perlu diutamakan,” katanya yang dipetik oleh Ria Novosti pada sidang akhbar yang sama di mana Slutsky bercakap. – AFP

Thailand pertimbang buka sempadan dengan Malaysia

Moscow pertimbang tukar tahanan Ukraine untuk sekutu Putin


​Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : – MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Penderaaan rumahtangga : –  Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999.





KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214. Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda.

Pemansuhan AP Bertentangan Dengan Perlembagaan Malaysia

 

 





Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker