NETIZEN PERTIKAI WAJAH IMAN TROYE PERNAH NAIK DI BILLBOARD NEW YORK

"OVERRATED! LAGU BIASA-BIASA JE"

NETIZEN PERTIKAI WAJAH IMAN TROYE PERNAH NAIK DI BILLBOARD NEW YORK

Semua sedia maklum mengenai penyanyi Iman Troye dimana dia merupakan antara artis tempatan yang berjaya mencuri tumpuan apabila wajahnya turut terpampang di billboard gergasi New York sempena kempen bulanan EQUAL Spotify.

Selain Iman, antara penyanyi wanita tempatan lain ialah Datuk Seri Siti Nurhaliza, Yuna, Aina Abdul, Vanessa Reynauld, Dolla dan Layla Sania.

Bagaimanapun, timbul secara tiba-tiba ketidakpuasan hati segelintir pengguna media sosial yang menyifatkan pelantun lagu Teman itu tidak layak untuk berada di papan iklan gergasi itu.





“Bagi aku Iman Troye tak patut pun ada, baru je nak up kot. Better lagi artis hebat lain.” – “Overrated sangat. Padahal lagu biasa-biasa je, sesuai untuk budak-budak aje. Maaf cakap.

“Kenapa Iman Troye? Kerana nama Troye?” – “Aku rasa Iman Troye tu patut tukar dengan DSV sebab DSV lagi meletop!” demikian ciap beberapa pengguna di Twitter hingga menjadi topik sohor kini sejak malam tadi.

 

Namun, ada juga yang menyanggah pendapat berkenaan dan mengakui Iman layak berada di papan iklan tersebut.

“Yang tak setuju Iman Troye tu kenal tak Layla Sania? Vanessa Ceria Popstar tu pun ada tiga lagu je kalau ikut Wikipedia. Benci kat dia pun duk nyanyi juga ‘ya hari hari raya’.” – “Kelakarlah. YouTube view dia cecah juta, kamu nak kata beli, apa-apa sajalah!





“Kalau nak artis kesayangan korang masuk billboard, go and stream their song on Spotify seperti peminat Iman Troye buat. Be reasonable nak jadi haters pun,” tegur beberapa pengguna lain.

Untuk makluman, Yuna pernah tiga kali menduduki takhta billboard New York bermula tahun 2016, diikui 2019 dan kali terakhir pada tahun lalu. Iman pula menjadi artis berhijab ketiga muncul di papan iklan digital tersohor itu pada November 2021 selepas Yuna dan Layla Sania.





IMAN TROYE TOLAK TANGGAPAN SUDAH BERGELAR JUTAWAN

NETIZEN PERTIKAI WAJAH IMAN TROYE PERNAH NAIK DI BILLBOARD NEW YORK


​Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : – MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Penderaaan rumahtangga : –  Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999.

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214. Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929.





Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda.

Pemansuhan AP Bertentangan Dengan Perlembagaan Malaysia

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker