Pengawal keselamatan dakwa terserempak harimau ditahan

Pengawal keselamatan dakwa terserempak harimau ditahan

Pengawal keselamatan dakwa terserempak harimau ditahan

Kuala Lumpur: Seorang pengawal keselamatan warga asing ditahan selepas menggemparkan penduduk Kemensah Height, Hulu Kelang dekat sini selepas mendakwa terserempak seekor harimau di kawasan itu, semalam.

Lelaki warga Bangladesh berusia 51 tahun itu ditahan di sebuah pondok pengawal di Jalan Tropika, Kemensah 3, Kemensah Height, kira-kira jam 7 malam kerana disyaki menyebarkan berita yang tidak sahih.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak, berkata hasil semakan mendapati suspek tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah untuk tinggal di negara ini.





“Suspek adalah individu yang dipercayai memberikan maklumat berkenaan kemunculan harimau berkenaan.

“Pada masa ini, pihak polis dan Jabatan Perhilitan sedang menjalankan siasatan lanjut berkenaan dakwaan suspek itu,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata siasatan ke atas suspek dijalankan mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.

Katanya, pihak polis hari ini turut menerima satu laporan polis daripada seorang lelaki tempatan berusia 52 tahun mengenai satu pesanan suara yang tular melalui aplikasi WhatsApp berhubung dakwaan kemunculan harimau di kawasan kejiranannya itu.

“Pengadu berasakan dakwaan itu tidak benar dan mendatangkan kegusaran serta kebimbangan dalam kalangan peduduk setempat memandangkan tiada sebarang bukti jelas menunjukkan kehadiran haiwan liar berkenaan di kawasan itu,” katanya.





Menurut Mohamad Farouk, pihaknya membuka satu kertas siasatan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1988 berkaitan kes itu.

Beliau turut meminta orang ramai tidak menghebahkan berita yang tidak sahih sehingga boleh menimbulkan kegusaran di kalangan masyarakat.

Semalam, pihak polis mengesan satu pesanan suara tular menerusi aplikasi WhatsApp tentang kejadian orang awam terserempak dengan seekor harimau di Kemensah Height.

Polis yang menjalankan siasatan di tempat kejadian mendapati penduduk setempat dimaklumkan seorang pengawal keselamatan bahawa dia terserempak seekor harimau berdekatan tiang lampu di Jalan Tropika, Kemensah 3, Kemensah Height, kira-kira jam 12.45 tengah malam.

Jabatan Perhilitan Selangor yang hadir ke tempat kejadian pada jam 4 petang, semalam berusaha menjejak haiwan pemakan daging itu namun tidak berjaya memandangkan maklumat diperolehi tidak lengkap.





Pihak Polis Ampang Jaya juga mengambil tindakan mempertingkatkan rondaan sekitar tempat kejadian bagi menjamin keselamatan penduduk.

Dalam pada itu, pihak Zoo Negara juga mengesahkan tiada kes harimau terlepas dari jagaan zoo berkenaan.

Pemansuhan AP Bertentangan Dengan Perlembagaan Malaysia

Pengawal keselamatan dakwa terserempak harimau ditahan


​Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : – MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392





Penderaaan rumahtangga : –  Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999.

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214. Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda.

Pemansuhan AP Bertentangan Dengan Perlembagaan Malaysia

 





Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker