PM hadir rumah terbuka Tentera Darat

PM hadir rumah terbuka Tentera Darat
Perdana Menteri (tengah) ketika menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri TDM di Kem Perdana Sungai Besi, di sini, malam ini.

PM hadir rumah terbuka Tentera Darat

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Tentera Darat Malaysia (TDM) di Kem Perdana Sungai Besi, di sini, malam ini.

Perdana Menteri yang memakai baju Melayu hijau lengkap bersongkok dan bersamping tiba di Dataran Panglima Tentera Darat, di sini jam 8.40 malam.

Beliau disambut Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Panglima Tentera Darat, Jen Tan Sri Zamrose Mohd Zain.

Antara tetamu lain yang hadir ialah Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz; Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Datuk Seri Muez Abd Aziz dan Panglima Angkatan Tentera, Jen Tan Sri Affendi Buang.





Ismail Sabri turut menyampaikan sumbangan duit raya kepada anak warga TDM pada majlis yang bertemakan ‘Rumah Terbuka Kembali ke Desa’ yang dihadiri kira-kira 5,000 pengunjung dan dihidangkan pelbagai juadah tradisi ala desa.

Majlis turut diserikan persembahan artis jemputan antaranya Wahid Senario serta pertunjukan bunga api dan meriam buluh.

Turut ditayangkan video rakaman ucapan Aidilfitri oleh anggota yang berada di perbatasan tanah air.

Bagi memeriahkan suasana, pelbagai pengisian diadakan seperti pertandingan ‘prop’ rumah tercantik, pakaian paling ‘awesome’, pertandingan lagu antara formasi dan hiburan serta sukaneka yang membabitkan kanak-kanak dan keluarga.

Majlis itu kali pertama dianjurkan selepas dua tahun tidak dapat diadakan akibat pandemik COVID-19 dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan. – BERNAMA





Pemansuhan AP Bertentangan Dengan Perlembagaan Malaysia

PM hadir rumah terbuka Tentera Darat


​Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : – MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Penderaaan rumahtangga : –  Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999.

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214. Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929.





Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda.

Pemansuhan AP Bertentangan Dengan Perlembagaan Malaysia

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker