Rutin kehidupan Elyana berubah

Rutin kehidupan Elyana berubah
Elyana, suami dan anak-anaknya menganggap Syawal ini memberikan sinar kepada mereka sekeluarga selepas bebas kanser. – Foto IG Elyana

Rutin kehidupan Elyana berubah

KUALA LUMPUR: Syawal ini penuh bermakna buat penyanyi Kalis Rindu, Elyana, 35. Bukan sahaja dibebaskan daripada cengkaman penyakit kanser limfoma tahap empat, malah, tiada lagi sekatan perjalanan untuk aktiviti kunjung mengunjungi.

Kehadiran Syawal bukan sahaja dinantikan Elyana dan keluarganya, malah, seluruh umat Islam di Malaysia selepas dua tahun berkurung ketika sambutan hari raya.

Elyana berkata, dia, suami dan anak-anaknya merasakan Syawal ini memberikan sinar pada mereka sekeluarga.

“Tidak hanya menyambut Ramadan dengan gembira, malah, raya kali ini juga memberi makna yang berbeza. Ini disebabkan kali pertama saya meraikan Syawal selepas saya disahkan bebas kanser.





“Tahun lalu, saya sedang menjalani rawatan ketika Syawal. Persiapan tahun ini juga agak istimewa disebabkan berat badan saya juga semakin bertambah.

“Baju raya semuanya kena beli dengan saiz lebih besar. Sebelum ini, saya pakai saiz ‘extra small’, sekarang sudah kena pakai baju ‘medium’. Alhamdulillah,” katanya kepada BH Online.

Elyana atau nama sebenarnya, Erneelya Elyana Emrizal berkata, berat badannya sudah mencecah 60 kilogram (kg) berbanding 35 kg sebelum ini.

Katanya, dia dan keluarga lebih bersemangat untuk bercuti, memandangkan setiap Syawal, mereka sekeluarga mengambil kesempatan meluangkan masa bersama.

“Selalunya, kami memang akan pergi bercuti pada Syawal. Saya dan suami suka membawa anak-anak berjalan.





“Lagi pula, ibu bapa mentua sudah tiada, manakala ibu bapa saya pula di Shah Alam.

“Kebiasaannya, saya dan adik-beradik beraya di rumah orang tua pada hari raya pertama. Kemudiannya, mereka pulang ke rumah mentua, jadi hanya kami sahaja yang tinggal.

“Disebabkan itu, kami akan pergi bercuti selepas hari raya pertama,” katanya.

Jujurnya, Elyana berkata, percutian lebih bermakna kerana sebelum ini, dia hanya duduk dalam bilik kerana tidak larat.

“Namun, saya tidak akan melepaskan peluang membawa anak-anak berjalan. Anak-anak paling seronok,” katanya.





Dalam perkembangan lain, ibu kepada Cinta Sumayyah dan Cahaya Ramadhani itu mahu tampil menerusi saluran YouTube selepas Aidilfitri ini.

Rutin kehidupan Elyana berubah
Elyana bersama suami lebih bersemangat bercuti dan banyak meluangkan masa bersama anak-anak pada Syawal. – Foto IG Elyana

Kata Elyana, ia bertujuan memberikan inspirasi kepada mereka yang melalui dugaan hidup sepertinya.

“Saya mahu memberikan keceriaan penonton. Apabila tengok saya, mereka ceria dan melupakan kesakitan dihadapi.

“Bagi saya, kesakitan adalah dugaan. Semua manusia dalam dunia ada ujian masing-masing.

“Kita rasa ujian hidup kita paling berat, tetapi ada yang diuji dengan lebih berat lagi.





“Jadi, kena hadapi semua ujian dengan jiwa terbuka agar tidak mendalam kesedihan dialami. Bagi saya, menjaga emosi sangat penting.

“Bila gembira, emosi akan disalurkan pada organ lain dan kita akan sihat dengan semula jadi,” katanya.

Mengulas kerjaya seninya, Elyana berkata, dia tidak pernah memperlahankan kerjaya nyanyian mahupun lakonan, cuma ada sebahagian yang berpendapat sedemikian.

“Sebenarnya, saya aktif sejak dahulu lagi. Namun, sebelum ini, ada orang risau nak panggil saya disebabkan memikirkan saya sakit.

“Sememangnya, saya ada tawaran lakonan, undangan nyanyian dan sebagainya.





“Sekarang orang sudah tahu saya kembali sihat dan mula berani memanggil saya.

“Alhamdulillah, banyak tawaran diterima. Namun, saya mahu menjayakan naskhah menyeronokkan jika membabitkan dunia lakonan. Saya belum bersedia bermain dengan emosi yang sedih.

“Insya-Allah, saya okay jika naskhah komedi. Saya juga sudah mula menerima undangan nyanyian untuk majlis hari raya kerana ramai tahu saya hanya beraya di ibu kota,” katanya.

Elyana turut berkongsi, dia dalam proses pembikinan lagu baharu.

“Saya mahu single baharu. Sudah lama saya tiada lagu baharu. Kali terakhir, saya merakamkan single kira-kira lima tahun lalu,” katanya.

Elyana mendirikan rumah tangga dengan Khairul Anuar pada 2010 dan memiliki anak perempuan, Cinta Sumayyah, 11, dan Cahaya Ramadhani, 3.

11 TAHUN DERITA – ELYANA KINI BEBAS KANSER & PULIH

Rutin kehidupan Elyana berubah


​Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : – MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Penderaaan rumahtangga : –  Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999.

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214. Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda.

Pemansuhan AP Bertentangan Dengan Perlembagaan Malaysia

 

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker