Skuad bimbingan Pan Gon dilabel cap ayam?

Skuad bimbingan Pan Gon dilabel cap ayam?
Skuad Harimau Malaya menjalani latihan di Stadium Nasional, Bukit Jalil, pagi tadi. – Foto ihsan FB FAM

Skuad bimbingan Pan Gon dilabel cap ayam?

KUALA LUMPUR: Ketika ada segelintir penyokong tempatan yang gemar memperkecilkan kemampuan skuad Harimau Malaya sehingga melabel pemain ‘cap ayam’, pengendali skuad kebangsaan, Kim Pan Gon berpandangan sebaliknya.

Ini kerana pengendali dari Korea Selatan itu mengakui dia agak terkejut dengan kualiti pemain yang dipanggil sekali gus membuatkan dia terus teruja untuk membantu skuad kebangsaan pergi lebih jauh pada masa akan datang.

“Kualiti pemain jauh lebih baik daripada yang saya jangkakan. Saya gembira dengan suasana ini apatah lagi saya mendapat sokongan penuh daripada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan Liga Bolasepak Malaysia (MFL).

“Pemain memberikan komitmen penuh. Jadi semuanya dalam keadaan yang baik. Satu-satunya perkara yang boleh saya lakukan adalah berikan yang lebih baik daripada apa yang sudah mereka berikan kepada saya.
ADVERTISEMENT





DISYORKAN UNTUK ANDA
Era baharu Kim Pan Gon bimbing Harimau Malaya bermula
FAM optimis Pan Gon mampu gegar kelayakan Piala Asia
Markah 7/10 untuk Pan Gon
Pan Gon minta maaf

“Saya akan cuba lakukan yang terbaik, saya tidak boleh berikan kemenangan dalam setiap perlawanan yang kita harungi tetapi sekurang-kurangnya saya berikan 100 peratus komitmen, fokus dan berjuang untuk anda.

“Itu yang boleh saya katakan dan saya begitu menghargai sokongan yang diberikan. Jadi saya akan terus lakukan kerja saya bersama skuad kebangsaan,” katanya pada sesi latihan di Wisma FAM, Kelana Jaya, dekat sini, semalam.

Sebagai rekod, skuad kebangsaan dalam rangka persiapan untuk mengharungi dua aksi persahabatan Tier 1 berdepan Brunei pada 27 Mei disusuli berdepan Hong Kong pada 1 Jun.

Dua aksi persahabatan itu bagi ‘memanaskan enjin’ skuad kebangsaan sebelum berdepan tiga perlawanan kelayakan Piala Asia 2023 bertemu Turkmenistan (8 Jun), Bahrain (11 Jun) dan Bangladesh (14 Jun) dengan semua aksi berlangsung di Stadium Nasional, Bukit Jalil.





Dalam perkembangan sama, Pan Gon turut mengesahkan dua lagi pemain dipanggil menyertai kem latihan skuad kebangsaan iaitu R Ruventhiran dan Shahrul Nizam Ros Hasni bagi menggantikan Khair Jefri Jones dan Arif Fadzilah Abu Bakar yang mengalami kecederaan.

“Dua pemain ini adalah pemain muda yang berpotensi mengikut perancangan teknikal dan taktikal kita. Kita mahu melihat sama ada mereka sesuai ataupun tidak. Jadi kita memberi peluang kepada mereka bersama skuad kebangsaan.

“Sekarang kita ada 30 pemain dan kita akan menjadikan suasana yang sangat kompetitif untuk melihat reaksi mereka sebelum memutuskan senarai bagi aksi persahabatan,” katanya.

BAM tempat terbaik buat Zii Jia – Misbun





Skuad bimbingan Pan Gon dilabel cap ayam?


​Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : – MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Penderaaan rumahtangga : –  Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999.

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214. Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda.

Pemansuhan AP Bertentangan Dengan Perlembagaan Malaysia





 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker