Skuad karate membanggakan, konsisten di Hanoi

Skuad karate membanggakan, konsisten di Hanoi
Skuad karate negara meraikan kejayaan memenangi emas acara kumite berpasukan lelaki selepas menewaskan Indonesia pada temasya Sukan SEA 2021 di Pusat Pertandingan Sukan Ninh Binh, Vietnam. – Foto BERNAMA.

Skuad karate membanggakan, konsisten di Hanoi

HANOI: Skuad karate negara adalah contoh terbaik untuk konsistensi di Sukan SEA.

Walaupun tidak bergelar juara keseluruhan pada edisi ke-31 di sini, namun atlet karate negara memperagakan aksi yang memberangsangkan.

Mereka menamatkan kempen dengan empat emas dan enam gangsa dengan petanda positif ditunjukkan dalam acara kumite yang dibarisi atlet senior dan juga muka baharu.

Muka baharu, H Sureeya Sankar dan C Shahmalarani melakar penampilan sulung membanggakan apabila mengungguli kategori bawah 67 kilogram (kg) lelaki dan kategori bawah 50kg wanita.





Atlet berpengalaman yang baru pulih daripada pembedahan lutut, R Sharmendran menghadiahkan emas ketiga menerusi acara bawah 75kg lelaki.

Pasukan kumite lelaki yang dibarisi Sharmendran, Sureeya, S Prem Kumar, S Geerijaieswaran, Arif Afifuddin Ab Malik, V Kueggan dan G Katish menghadiahkan emas ke-36 buat negara apabila menewaskan Indonesia 3-0 di final.

Ini adalah gelaran pertama Malaysia bagi acara berpasukan lelaki sejak temasya 1993 di Singapura.

Jurulatih kumite negara, R Puvaneswaran bangga selepas mereka menamatkan penantian 29 tahun untuk merangkul emas dalam acara kumite lelaki.

“Pasukan kumite melakukan tugas yang sangat baik dengan memenangi emas dalam acara berpasukan. Kali terakhir kita memenanginya adalah pada 1993.





“Kami mengharungi tujuh edisi Sukan SEA dan tidak memenangi emas namun atlet bangkit menunjukkan aksi yang lebih baik selepas 29 tahun,” katanya.

Di sebalik keputusan yang membanggakan, skuad kumite terlepas untuk mempertahankan dua pingat emas mereka.

Apapun, mereka berjaya menyamai pencapaian empat pingat emas yang dimenangi pada temasya 2019 dan dengan kemunculan ramai bakat muda, atlet karate negara bakal mendominasi rantau ini.

Karate langkah kanan, raih dua emas





Skuad karate membanggakan, konsisten di Hanoi


​Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : – MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Penderaaan rumahtangga : –  Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999.

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214. Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda.

Pemansuhan AP Bertentangan Dengan Perlembagaan Malaysia





 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker