Tokan dadah, dalang sindiket dalam radar polis – Ayob Khan

Tokan dadah, dalang sindiket dalam radar polis - Ayob Khan
Ayob Khan menunjukkan bakat menebar roti canai ketika Majlis Hari Raya Aidilfitri di PULAPOL Kuala Lumpur hari ini. – BERNAMA

Tokan dadah, dalang sindiket dalam radar polis – Ayob Khan

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mempertingkatkan operasi dan serbuan dalam usaha menumpaskan dalang serta ketua sindiket dadah.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, dalang serta ketua sindiket dadah berkenaan sememangnya berada dalam radar pihak polis.

“Pengedaran dadah ini tidak boleh dihapuskan selagi ketua sindiket dadah masih bermaharajalela di negara ini.

“Justeru, JSJN menyahut cabaran Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin yang mahu kegiatan pengedaran dadah diperangi habis-habisan untuk menjamin masa depan remaja di negara ini,” katanya.





Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita semasa Majlis Sambutan Hari Raya anjuran JSJN di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kuala Lumpur, hari ini.

Dalam majlis itu, beliau turut meraikan 33 anak yatim Pertubuhan Kebajikan Asnaf Al Barakh Malaysia.

Ayob Khan berkata, jenayah narkotik dilihat seperti tidak habis apabila aktiviti dan tangkapan sentiasa dijalankan, dengan beberapa hari lalu juga ada kejayaan tangkapan dan rampasan dadah lebih 21 kilogram (kg) dilakukan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

“Terbaharu semalam, dilaporkan tangkapan seorang warga tempatan di Singapura cuba membawa masuk dadah bernilai lebih RM1 juta.

“Perkara ini tidak akan habis di situ sahaja. Mereka (sindiket) akan mencari ruang dan jalan untuk teruskan aktiviti mereka.





“Justeru, apabila saya ambil alih JSJN sejak Januari lalu dan sehingga hari ini, saya beri tumpuan kepada tangkapan tokan dadah,” katanya.

Ayob Khan berkata, berdasarkan Op Tapis dilaksanakan kira-kira 1,500 tokan dadah berjaya ditahan.

“Kita akan meneruskan momentum ini dan akan fokus kepada ketua sindiket untuk terus melumpuhkan jenayah ini,” katanya.

Ibu tunggal dua anak antara 3 tokan dadah ditahan





Tokan dadah, dalang sindiket dalam radar polis – Ayob Khan


​Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : – MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Penderaaan rumahtangga : –  Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999.

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214. Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda.

Pemansuhan AP Bertentangan Dengan Perlembagaan Malaysia





 

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker