17 kampung terjejas banjir di Sipitang, 32 mangsa dipindahkan

17 kampung terjejas banjir di Sipitang, 32 mangsa dipindahkan
Anggota bomba sedang memantau sambil membantu memindahkan mangsa susulan banjir melanda beberapa kampung di sekitar Sipitang. – Foto ihsan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM)

17 kampung terjejas banjir di Sipitang, 32 mangsa dipindahkan

SIPITANG: Hujan lebat berterusan sejak Jumaat lalu menyebabkan 17 kampung sekitar Sipitang dilanda banjir, dengan 32 mangsa membabitkan 11 keluarga terpaksa dipindahkan sehingga tengah hari ini.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sabah melalui kenyataan memaklumkan kampung terbabit termasuk Kampung Menengah Ulu Sipitang, Kampung Skim Sindumin, Kampung Pantai, Kampung Tanjung Nipis, Kampung Kawang, Kampung Banting dan Kampung Bangsal.

Turut terjejas akibat banjir ialah Kampung Jalan Masjid Sindumin, Kampung Kawang Baru, Kampung Luagan, Kampung Luagan Pantai, Kampung Masjid Pantai, Kampung Pantai Lama, Kampung Skim Baru Sindumin, Kampung Siputul, Kampung Mendulong dan Kampung Kaban.

Katanya, semua 32 mangsa terbabit dipindahkan bermula tengah malam tadi ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Dewan Mini Mesapol yang dibuka sejak lewat petang semalam.





“Hujan lebat berterusan sejak Jumaat lalu menyebabkan paras air Sungai Mengalong dan Sungai Lukutan naik mendadak, dengan limpahan air berlebihan menyebabkan kampung berdekatan dinaiki air.

“Pemantauan pada masa ini di semua kampung terbabit mendapati ia masih digenangi air,” katanya.

JPBN turut memaklumkan, enam jalan yang dinaiki air hanya boleh dilalui kenderaan berat atau pacuan empat roda iaitu Jalan Kampung Menengah, Jalan Kampung Tanjung Nipis, Jalan Kampung Bangsa, Jalan Luagan Sindumin, Jalan Skim Sindumin dan Jalan Masjid Kampung Pantai.

Dalam pada itu, cuaca di Sipitang pada masa ini cerah, namun hujan di beberapa kawasan di Sabah antaranya sekitar pantai timur di Sandakan dan Tawau.

Sipitang adalah sebuah daerah di pedalaman negeri ini sekitar 144 kilometer ke arah selatan dari Kota Kinabalu dan sebuah daerah Sabah yang bersempadan dengan Sarawak. – BERNAMA





Remaja lemas tergelincir jatuh ke sungai

17 kampung terjejas banjir di Sipitang, 32 mangsa dipindahkan


​Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : – MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Penderaaan rumahtangga : –  Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999.

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214. Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929.





Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda.

Doctrine Basic Structure Yang Di Perjuangkan Hakim Tertentu Bercanggah Dengan Perlembagaan

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker