Adakah Bukti SPRM Mampu Meyakinkan Peguam Negara?

Adakah Bukti SPRM Mampu Meyakinkan Peguam Negara?

Adakah Bukti SPRM Mampu Meyakinkan Peguam Negara?

SPRM sudah pun melengkapkan kertas siasatan terhadap Hakim Nazlan.

Malah sudah menyerahkan kertas siasatan berserta bukti-bukti yang diperlukan.

Kalau mengikut pertimbangan awam dan juga etika perundangan, penglibatan Hakim Nazlan dalam penubuhan SRC International sudah cukup untuk dipersoalkan kredibiliti beliau.





Malah, seorang peguam kanan, Haniff Khatri, menyatakan, dalam apa keadaan sekalipun, Hakim Nazlan sepatutnya mengisytiharkan kedudukan beliau dan menarik diri dari mengetuai perbicaraan kes SRC.

Namun, itu adalah isu yang boleh mempersoalkan kredibiliti Hakim Nazlan dalam mengetuai perbicaraan kes SRC.

Dalam isu siasatan SPRM terhadap beliau, ianya lebih terarah kepada sejumlah wang yang dimasukkan ke dalam akaun beliau.

Sebahagian dari ‘money trail’ wang tersebut sudah menjadi tatapan umum.

Edisi Siasat pasti, SPRM mempunyai bukti lain yang lebih kukuh untuk membuktikan siasatan tersebut mempunyai prima facie.





Yang kita nantikan sekarang ialah, apa tindakan Pejabat Peguam Negara?

Apakah mereka akan arahkan satu tribunal ditubuhkan untuk melakukan satu lagi siasatan?

Atau mereka akan memulangkan balik kertas siasatan kepada SPRM dan meminta bukti yang lebih kukuh.

Pejabat Peguam Negara boleh juga mengambil keputusan NFA dengan alasan kes itu bukan ‘winnable case’, walau pun bukti sudah ada.

Mungkin juga Pejabat Peguam Negara akan mengarahkan supaya pendakwaan dilakukan kerana bukti yang SPRM kemukakan adalah kukuh.





 

Adakah Bukti SPRM Mampu Meyakinkan Peguam Negara?

 

Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker