Anthony Albanese angkat sumpah jawatan PM Australia

Anthony Albanese angkat sumpah jawatan PM Australia
Pemimpin Parti Buruh, Anthony Albanese (tengah) mengangkat sumpah jawatan Perdana Menteri baharu Australia. – Foto REUTERS

Anthony Albanese angkat sumpah jawatan PM Australia

CANBERRA: Pemimpin pembangkang dari Parti Buruh, Anthony Albanese hari ini mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri baharu Australia, beberapa jam sebelum berlepas menghadiri sidang kemuncak antarabangsa di Tokyo.

Perdana menteri berusia 59 tahun itu mengangkat sumpah pada majlis ringkas yang berlangsung di Rumah Kerajaan, Canberra.

Anggota pasukannya yang lain untuk memegang jawatan termasuk Menteri Luar, Penny Wong yang akan menyertai Albanese di sidang kemuncak Quad; Bendahari, Jim Chalmers dan Menteri Kewangan, Katy Gallagher.

Albanese, berkata beliau dan Australia bersedia untuk membabitkan diri dengan dunia mengenai perubahan iklim dan akan menyertai sidang kemuncak esok di Tokyo dengan pemimpin Amerika Syarikat, Jepun dan India, yang dikenali sebagai Quad.





Parti Buruh memecahkan kuasa selepas sembilan tahun dalam pembangkang sebagai gelombang sokongan yang tidak pernah berlaku sebelum ini untuk Greens dan parti bebas yang memberi tumpuan iklim, kebanyakannya wanita, membantu menamatkan hampir sedekad pemerintahan oleh gabungan konservatif.

Bagaimanapun, parti itu masih kekurangan empat kerusi daripada majoriti 76 berbanding 151 kerusi di Dewan Rakyat.

Sesetengah meramalkan Parti Buruh mungkin mendapat kerusi yang mencukupi untuk mentadbir sendiri.

Keputusan rasmi akan diketahui dalam beberapa hari lagi dengan proses pengiraan 2.7 juta undi pos sedang berjalan. – REUTERS

9 menteri baharu angkat sumpah di Sri Lanka





Anthony Albanese angkat sumpah jawatan PM Australia


​Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : – MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Penderaaan rumahtangga : –  Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999.

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214. Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda.

Doctrine Basic Structure Yang Di Perjuangkan Hakim Tertentu Bercanggah Dengan Perlembagaan





 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker