China kecam strategi AS Asia ketika Biden lawat Korea Selatan, Jepun

China kecam strategi AS Asia ketika Biden lawat Korea Selatan, Jepun
Maharaja Jepun Naruhito (kanan) menyambut Presiden AS, Joe Biden ketika pertemuan mereka di Istana Imperial, Tokyo hari ini. – Foto AFP

China kecam strategi AS Asia ketika Biden lawat Korea Selatan, Jepun

BEIJING: Menteri Luar China berkata strategi diplomatik Amerika Syarikat (AS) di Asia ditakdirkan untuk gagal, menurut media kerajaan ketika Presiden Joe Biden menggariskan komitmen Washington di rantau itu ketika lawatan ke Korea Selatan dan Jepun.

Lawatan pertama Biden ke Asia sebagai presiden disebut-sebut sebagai paparan keazaman AS untuk mengekalkan kelebihan komersil dan ketenteraannya di seluruh rantau ini ketika China mengalami gangguan ekonomi ketara akibat penutupan bagi membendung pandemik COVID-19.

Menteri Luar China, Wang Yi mendakwa strategi AS yang digelar Strategi Indo-Pasifik pada dasarnya adalah strategi mewujudkan perpecahan, menghasut konfrontasi dan menjejaskan keamanan.

“Tidak kira bagaimana ia dipakejkan atau disamarkan, ia pasti akan gagal pada akhirnya,” katanya.





Pada Selasa, Biden berhasrat mengukuhkan kepemimpinan AS di rantau ini dengan menyertai pemimpin Australia, India dan Jepun untuk sidang kemuncak kumpulan Quad.

Wang, bagaimanapun, berkata AS menyasarkan “untuk membentuk kumpulan kecil atas nama kebebasan dan keterbukaan”, sambil berharap “membendung China.”

Washington dan Beijing berselisih pendapat mengenai aktiviti China di Laut China Timur dan Selatan, tuntutannya ke atas Taiwan dan apa yang disifatkan AS sebagai pencabulan hak yang serius di wilayah Xinjiang serta beberapa isu lain.

“Apa yang amat berbahaya ialah Amerika Syarikat memainkan ‘kad Taiwan’ dan ‘kad Laut China Selatan’ untuk membawa huru-hara ke rantau ini,” kata Wang, menurut Xinhua.

Biden berkata Asia adalah medan pertempuran utama dalam “persaingan antara demokrasi dan autokrasi” global.





Bagaimanapun, kebanyakan perjalanan dibayangi kebimbangan Korea Utara akan menguji peluru berpandu berkeupayaan nuklear atau bom sebagai menunjukkan kekuatan ketika Biden berada di rantau itu. – AFP

PM Kemboja lawat Myanmar bulan depan

China kecam strategi AS Asia ketika Biden lawat Korea Selatan, Jepun


​Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : – MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Penderaaan rumahtangga : –  Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999.





KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214. Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda.

Doctrine Basic Structure Yang Di Perjuangkan Hakim Tertentu Bercanggah Dengan Perlembagaan

 





Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker