Doctrine Basic Structure Yang Di Perjuangkan Hakim Tertentu Bercanggah Dengan Perlembagaan

Doctrine Basic Structure Yang Di Perjuangkan Hakim Tertentu Bercanggah Dengan Perlembagaan

Doctrine Basic Structure Yang Di Perjuangkan Hakim Tertentu Bercanggah Dengan Perlembagaan

Doctrine Basic Structure ini ada dua ciri:

  1. Hakim tentukan apakah dia asas doktrin basic structure (DBS) perlembagaan.
  2. Kalau hakim sudah tentukan apakah dia asas perlembagaan, parlimen tiada kuasa menggubal atau meminda undang-undang.

Doktrin ini adalah undang-undang baru yang dibuat oleh mahkamah persekutuan sekitar 2018.

Sejak merdeka doktrin ini ditolak bertahun-tahun oleh hakim-hakim terulung kita termasuk Almarhum Sultan Azlan Shah, Tun Suffian dan Tun Abdul Hamid.





Kenapa ditolak sebelum ini?

Kerana ia doktrin asing yang tidak termaktub di dalam perlembagaan.

Perlembagaan jelas dengan pengasingan kuasa Parlimen, Eksekutif dan Kehakiman.

Kalau hampir semua rakyat, ahli parlimen dan Majlis Raja Raja mahu dan meminda perlembagaan, pindaan itu adalah sah mengikut hakim-hakim terulung kita.

Tetapi sejak 2018, hakim-hakim telah meletak syarat baru luar perlembagaan bahawa ia tidak sah sekiranya hakim menentukan ia adalah asas perlembagaan.





Apa masalah dengan itu?

Hakim dan bukan parlimen yang akan menentukan apakah asas perlembagaan.

Undang-undang dengan itu menjadi arbitrari mengikut kecenderungan hakim.

Sebab itu sehingga kini tiada siapa tahu apakah skop DBS ini.

Tiada siapa tahu apa kriteria DBS.





Menjadi arbitrari.

Undang-undang sepatutnya jelas dan nyata.

Ia sepatutnya refleksi ‘the will of the people’/ kehendak rakyat.

Sebab itu asas dalam konsep pengasingan kuasa perlembagaan, parlimen yang membuat undang-undang.

Wakil rakyat dilantik untuk menyuarakan suara dan kehendak rakyat.





Walaupun kita kecewa dengan politik kita, inilah satu-satunya cara demokrasi kita dan sedunia berjalan.

Sekiranya parlimen membuat undang-undang yang bertentangan dengan kehendak kita, kita ada pilihan untuk untuk menukar mereka.

Banyak kerajaan pernah jatuh di dunia apabila rakyat menentang undang-undang yang bercanggah dengan kehendak rakyat.

Apa masalah kalau hakim menentukannya?

Selama ini kalaulah rakyat tidak berpuas hati dengan keputusan mahkamah yang bersifat umum, konsep pengasingan kuasa kita membenarkan ianya diperbetulkan oleh parlimen.





Misalnya kalau mahkamah menentukan bahawa perkahwinan sejenis dibenarkan atas dasar hak asasi manusia, parlimen boleh menggubal undang-undang mengatasinya selagimana mengikut proses penggubalan perlembagaan.

Ini dibenarkan dan merupakan asas dan ‘check and balance’ yang dibenarkan dalam perlembagaan kita.

Doctrine Basic Structure Yang Di Perjuangkan Hakim Tertentu Bercanggah Dengan Perlembagaan

Tetapi DBS mahkamah ini menukarkannya.

Ia menjadikan mahkamah lebih berkuasa.

Mahkamah menentukan undang-undang mengikut kecenderungan mereka.

Dan setelah menentukan undang-undang, keputusan mereka tidak boleh dicabar atau di atasi oleh mana-mana badan lain.

Jadi sekiranya hakim-hakim menetapkan bahawa hak asasi manusia acuan liberal adalah asas perlembagaan, ia bakal menjadi undang-undang kekal.

Ini amat bahaya.

Sudahlah undang-undang doktrin ini arbitrari mengikut kecenderungan hakim, ia tidak boleh diubah jika rakyat mahukannya.

Keputusan mahkamah ini tiada akauntabiliti.

Mahkamah menjadi ‘supreme’ dalam perkara ini.

Kuasa mutlak sebegini tidak pernah diperuntukkan dalam perlembagaan.

Ini bakal menimbulkan pertembungan besar antara rakyat dan mahkamah yang boleh menjurus kepada ketidaktentuan atau huru hara.

Lagipun pula, perlembagaan menetapkan dengan jelas pemegang taruh dalam membuat undang-undang.

Untuk menggubal undang-undang, majoriti di parlimen diperlukan.

Untuk meminda perlembagaan, 2/3 majoriti diperlukan dan untuk meminda sesetengah peruntukan perkenan Raja Raja Melayu kita pula diperlukan.

Inilah asas perlembagaan dan pengasingan kuasa kita.

Jadi kalau hampir semua rakyat dan parlimen serta Raja Raja kita memberi perkenan, sepatutnya ia wajib menjadi undang-undang.

Ini ‘will of the people’.

Tiba-tiba DBS ini mengatakan mahkamah berhak menolaknya berdasarkan kecenderungan pendirian mereka.

Bukankah ini anti demokratik?

Pendokong tegar doktrin ini adalah Datuk Gopal Sri Ram.

Di mahkamah persekutuan pula antara pendokong kuat DBS ini berdasarkan keputusan-keputusan mahkamah adalah YAA Ketua Hakim Negara Tun Tunku Maimun dan YA Datuk Nallini.

Kita akur mahkamah dan hakim-hakim adalah ‘independent’ dan bebas.

Kita tiada kuasa campurtangan urusan mahkamah.

Tetapi sebagai rakyat kita ada hak menyuarakan kebimbangan dan bantahan kita terhadap doktrin ini.

Terutamanya apabila doktrin ini menjadikan undang-undang kita arbitrari, tidak menentu dan bakal merubah nilai budaya kita mengikut kecenderungan hakim.

Menyuarakan penolakan doktrin ini adalah kebebasan hak asasi bersuara kita.

Kita mahu hakim-hakim dan parlimen tahu bahawa kita tidak bersetuju dan menolak DBS mahkamah ini.

Dari di atas, jelas DBS mahkamah ini anti demokratik.

Ia mewujudkan undang-undang arbitrari, tidak menentu dan tertakluk kepada kecenderungan hakim-hakim.

Ia menjangkaui perlembagaan dan mengambil alih kuasa membuat undang-undang dari parlimen dan mengatasi perkenan Raja Raja kita.

Ia sebenarnya mengubah asas perlembagaan.

Maka dengan itu kita mahu kembalikan perlembagaan kita sepertimana hakim-hakim ulung kita dari Almarhum Sultan Azlan Shah, Tun Suffian dan Tun Abdul Hamid pertahankannya.

Kita mahu ‘the will of the people prevail and respected over the will of the selected few’.

Kita mahu suara dan kehendak rakyat dihormati dan menolak ‘Judicial Supremacy’.

Kita bukan menyerang personaliti hakim.

Ini tidak betul.

Tetapi kita berhak membantah keputusan-keputusan doktrin undang-undang ini.

 

Sumber:

FB Lukman Sheriff

 

Doctrine Basic Structure Yang Di Perjuangkan Hakim Tertentu Bercanggah Dengan Perlembagaan

 

Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker