Dua beranak ditemukan mati dalam rumah

Dua beranak ditemukan mati dalam rumah
GAMBAR hiasan

Dua beranak ditemukan mati dalam rumah

KUALA LUMPUR: Seorang wanita warga emas dan anak lelakinya ditemukan mati dalam sebuah rumah di Kampung Baru Kundang, Rawang, Selangor, semalam.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Zainal Mohamed Mohamed, berkata pihaknya menerima laporan pada jam 10.17 pagi berhubung kejadian seorang wanita tempatan berumur 71 tahun tidak sedarkan diri dan seorang lelaki tempatan berusia 35 tahun dalam keadaan tergantung di rumah terbabit.

“Hasil siasatan di tempat kejadian mendapati tiada sebarang unsur jenayah. Tiada sebarang kesan umpil dan pecah masuk.

“Barangan peribadi milik kedua-dua mangsa seperti wang tunai dan telefon bimbit, berada di tempat kejadian,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.





Selain itu, beliau berkata, hasil pemeriksaan ke atas kedua-dua mayat juga tidak menjumpai sebarang unsur jenayah.

Katanya, pihak forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor turut hadir di lokasi kejadian untuk membantu siasatan.

“Mayat kedua-dua mangsa telah dihantar ke Unit Forensik, Hospital Sungai Buloh, untuk bedah siasat.

“Kes diklasifikasikan sebagai Kes Mati Mengejut (SDR) sehingga laporan bedah siasat lengkap diperoleh,” katanya.

Zainal Mohamed berkata, sebarang maklumat lanjut boleh menghubungi Ketua Balai Polis Kundang, Sarjan Mejar Wan Azhar Wan Ariffin, melalui talian 03-60341222 atau 019-9997233. – BERNAMA





Warga emas maut kereta bertembung

Dua beranak ditemukan mati dalam rumah

 


​Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : – MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Penderaaan rumahtangga : –  Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999.





KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214. Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda.

Doctrine Basic Structure Yang Di Perjuangkan Hakim Tertentu Bercanggah Dengan Perlembagaan

 





Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker