Imran Khan akan ketuai perhimpunan di Islamabad desak pilihan raya

Imran Khan akan ketuai perhimpunan di Islamabad desak pilihan raya
Imran Khan. – Foto fail REUTERS

Imran Khan akan ketuai perhimpunan di Islamabad desak pilihan raya

NEW DELHI: Bekas perdana menteri Pakistan, Imran Khan mengajak penyokongnya berhimpun di Islamabad pada Rabu bagi mendesak kerajaan baharu segera mengumumkan untuk mengadakan pilihan raya.

“Saya mahu seluruh negara datang ke Islamabad, di Lebuhraya Srinagar untuk Perarakan Haqiqi Azadi pada 25 Mei, saya akan jumpa anda pada jam 3 petang,” kata Imran dalam catatan media sosial selepas mesyuarat kepimpinan tertinggi Pakistan Tehreek-e. -Insaf (PTI) pada Ahad.

Sejak disingkirkan menerusi undi tidak percaya di Parlimen pada April, Imran menganjurkan perhimpunan besar-besaran di seluruh Pakistan dan menolak kerajaan baharu pimpinan Perdana Menteri Shehbaz Sharif yang disifatkannya sebagai “kerajaan import.”

Bercakap dalam satu sidang akhbar di bandar Peshawar, pada Ahad, Imran berkata protes di Islamabad akan diteruskan sehingga tuntutannya untuk pilihan raya baharu diterima.





“Kami mahukan pilihan raya yang adil dan saksama di negara ini,” katanya.

Imran berkata kempennya sekarang adalah untuk “haqiqi azadi” (kebebasan sebenar) dan kedaulatan Pakistan.

“Ia bukan politik, ia adalah jihad menentang ketidakadilan,” katanya.


​Disyorkan Untuk Anda :


Perarakan di Islamabad akan diadakan secara aman sehubungan itu beliau meminta institusi negeri untuk kekal adil dalam perjuangannya menentang kerajaan gabungan persekutuan pimpinan parti Liga Muslim Pakistan-Nawaz (PML-N) yang baharu berusia enam minggu.

Beliau mengulangi pendiriannya bahawa kerajaan PTI digulingkan melalui konspirasi dan berharap tentera terus kekal berkecuali.





Imran berkata lawatannya ke Rusia pada Februari, yang dikritik Barat, dibuat selepas berunding dengan Kementerian Luar Pakistan, bekas setiausaha asing dan kepimpinan tentera serta menafikan tuduhan ia keputusan peribadi. – BERNAMA

Imran Khan Bubarkan Parlimen Untuk Gagalkan Undi Tidak Percaya

Imran Khan akan ketuai perhimpunan di Islamabad desak pilihan raya


​Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : – MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Penderaaan rumahtangga : –  Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999.





KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214. Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda.

Doctrine Basic Structure Yang Di Perjuangkan Hakim Tertentu Bercanggah Dengan Perlembagaan

 





Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker