ISTERI HAQIEM RUSLI KATA BUNCIT
PEMINAT TAK PERCAYA, MASIH MENGESYAKI NAMPAK 'BABY BUMP'
ISTERI HAQIEM RUSLI KATA BUNCIT
Biarpun sebelum ini isteri kepada penyanyi dan komposer, Haqiem Rusli iaitu Anis Sofea pernah memberitahu perutnya hanya buncit dan bukannya ‘baby bump’, namun peminat tetap teruja dan mula mengucapkan tahniah kepada wanita itu.
Foto percutian yang dikongsi oleh Anis, 20, baru-baru ini telah menarik perhatian netizen yang mula mengesyaki wanita itu kini benar-benar sedang hamil.
“Tahniah… dah nampak baby bump tu.” – “Bukan buncit tu. Tak padan langsung kalau orang cantik macam ini dikatakan buncit. Alhamdulillah… tahniah.” – “It’s a baby,” antara komen netizen.
Bagaimanapun, Haqiem dan isterinya tidak memberi sebarang komen balas tentang perkara tersebut. Menerusi gambar-gambar yang dikongsikan, pasangan itu kini sedang bercuti di Turki.
Sebelum ini, berita kononnya isteri Haqiem sedang hamil hangat diperkatakan apabila penyanyi lagu ‘Mimpi’ itu secara bergurau menyebut bakal menjadi bapa.
Untuk makluman, Haqiem dan Anis Sofea mendirikan rumah tangga pada 19 November 2021.
HAQIEM RUSLI & ISTERI BERBULAN MADU DI TURKI SELEPAS 6 BULAN KAHWIN
ISTERI HAQIEM RUSLI KATA BUNCIT – PEMINAT TAK PERCAYA, MASIH MENGESYAKI NAMPAK ‘BABY BUMP’
Disyorkan Untuk Anda :
- Pemansuhan AP Bertentangan Dengan Perlembagaan Malaysia
- Sekali Lagi Kenyataan Perdana Menteri Di Sanggah!!!
- Adakah Bukti SPRM Mampu Meyakinkan Peguam Negara?
Lawati Laman :
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : – MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Penderaaan rumahtangga : – Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999.
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214. Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929.
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda.
Doctrine Basic Structure Yang Di Perjuangkan Hakim Tertentu Bercanggah Dengan Perlembagaan