Lebih 100 juta penduduk dunia dipindahkan secara paksa – PBB

Lebih 100 juta penduduk dunia dipindahkan secara paksa - PBB
Bangunan di bandar pelabuhan Mariupol, Ukraine musnah dalam konflik berterusan Ukraine-Russia. – Foto REUTERS

Lebih 100 juta penduduk dunia dipindahkan secara paksa – PBB

GENEVA: Pencerobohan Russia di Ukraine meningkatkan bilangan orang yang dipindahkan secara paksa di seluruh dunia kepada angka melebihi 100 juta buat pertama kali, menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Angka itu mewakili lebih satu peratus daripada populasi global, manakala hanya 13 negara mempunyai populasi lebih besar daripada jumlah orang yang dipindahkan secara paksa di dunia.

Menurut agensi pelarian PBB, Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR), jumlah orang yang terpaksa melarikan diri daripada konflik, keganasan, pencabulan hak asasi manusia dan penganiayaan kini telah melangkaui angka mengejutkan iaitu 100 juta buat pertama kali dalam rekod, didorong oleh perang di Ukraine dan konflik lain.

“Angka ini sangat membimbangkan untuk jumlah rekod mereka yang meninggalkan rumah sendiri dan konflik perlu ditamatkan.





“Bilangan orang yang dipindahkan secara paksa meningkat kepada 90 juta menjelang akhir 2021, didorong oleh keganasan di Ethiopia, Burkina Faso, Myanmar, Nigeria, Afghanistan dan Republik Demokratik Congo,” katanya dalam satu kenyataan.

Sejak peperangan Russia-Ukraine, lebih lapan juta orang telah kehilangan tempat tinggal di dalam negara itu, manakala lebih enam juta pelarian telah melarikan diri merentasi sempadan.

Sementara itu, Ketua UNHCR, Filippo Grandi, berkata 100 juta adalah angka yang nyata dan membimbangkan yang tidak sepatutnya direkodkan.

“Angka ini sebagai seruan untuk menyelesai dan mencegah konflik yang merosakkan, menamatkan penganiayaan dan menangani punca asas yang memaksa orang yang tidak bersalah meninggalkan rumah mereka.

“Sambutan antarabangsa terhadap orang yang melarikan diri dari perang di Ukraine adalah sangat positif.





“Untuk menghilangkan trend ini, satu-satunya jawapan ialah keamanan dan kestabilan supaya mereka tidak bersalah tidak dipaksa untuk memperjudikan kehidupan mereka,” katanya.

UNHCR akan menggariskan data penuh mengenai pemindahan paksa pada 2021 dalam Laporan Trend Global tahunannya yang akan dikeluarkan pada 16 Jun.

Sejak pandemik COVID-19, sekurang-kurangnya 20 negara masih menafikan akses kepada suaka bagi orang yang melarikan diri daripada konflik, keganasan dan penganiayaan berdasarkan langkah-langkah untuk mengekang virus itu.

Grandi menggesa negara-negara berkenaan menarik balik sebarang sekatan suaka berkaitan pandemik yang masih ada, dengan mengatakan ia melanggar hak asasi manusia.

“Saya bimbang langkah-langkah yang digubal atas alasan untuk bertindak balas terhadap COVID-19 digunakan sebagai perlindungan untuk mengecualikan dan menafikan suaka kepada orang yang melarikan diri daripada keganasan dan penganiayaan,” katanya.





Laporan bersama minggu lalu oleh Pusat Pemantauan Perpindahan Dalaman (IDMC) dan Majlis Pelarian Norway (NRC) berkata, kira-kira 38 juta perpindahan dalaman baharu dilaporkan pada 2021.

Tahun lalu, perpindahan dalaman baharu khususnya daripada konflik melonjak kepada 14.4 juta, lonjakan 50 peratus daripada 2020.

Bencana alam terus menyumbang kepada kebanyakan anjakan dalaman baharu, mendorong 23.7 juta pergerakan sedemikian pada 2021.- AFP

24,000 dipindahkan, dua maut dalam banjir Indonesia





Lebih 100 juta penduduk dunia dipindahkan secara paksa – PBB


​Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : – MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Penderaaan rumahtangga : –  Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999.

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214. Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda.

Doctrine Basic Structure Yang Di Perjuangkan Hakim Tertentu Bercanggah Dengan Perlembagaan





 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker