Manchester City kekal gelaran EPL
Manchester City kekal gelaran EPL
MANCHESTER, United Kingdom: Manchester City mengekalkan gelaran Liga Perdana Inggeris (EPL) dengan gaya dramatik apabila bangkit selepas ketinggalan 2-0 untuk menewaskan Villa 3-2 menerusi tiga gol dalam tempoh 15 minit sebentar tadi.
Ilkay Gundogan masuk dari bangku simpanan untuk meledak dua gol dengan Rodri juga menemui sasaran ketika skuad Pep Guardiola berjaya menghalang usaha Liverpool menang gelaran dengan hanya kelebihan satu mata.




Gol Matty Cash dan bekas pemain Liverpool, Philippe Coutinho tampak bakal memberikan kelebihan buat Reds merampas gelaran.
Skuad kendalian Jurgen Klopp menyempurnakan tugas apabila bangkit daripada ketinggalan satu gol untuk menewaskan Wolves 3-1 di Anfield namun kemenangan City memusnahkan harapan Liverpool untuk meraih empat kejuaraan.

Spurs pula mengesahkan tempat keempat apabila membelasah Norwich 5-0 ketika pencabar utamanya Arsenal turut menang besar mengatasi Everton.
Chelsea mengekalkan tempat ketiga selepas menang 2-1 mengatasi Watford. – AFP

Manchester City kekal gelaran EPL
Disyorkan Untuk Anda :
- Pemansuhan AP Bertentangan Dengan Perlembagaan Malaysia
- Sekali Lagi Kenyataan Perdana Menteri Di Sanggah!!!
- Adakah Bukti SPRM Mampu Meyakinkan Peguam Negara?
Lawati Laman :
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : – MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Penderaaan rumahtangga : – Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999.
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214. Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929.
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda.
Doctrine Basic Structure Yang Di Perjuangkan Hakim Tertentu Bercanggah Dengan Perlembagaan