NAD ZAINAL KONGSI PERKEMBANGAN TERKINI ANAK DISERANG EKZEMA
"GETTING BETTER"
NAD ZAINAL KONGSI PERKEMBANGAN TERKINI ANAK DISERANG EKZEMA
“Inilah gambar before after Som after ke Klinik Jaya Tapah. Getting better #somdaneczema #eczemajourney,” tulis pelakon Nad Zainal yang memaklumkan anak perempuannya, Budi Kalsom diserang masalah penyakit kulit, Ekzema.
Nad atau nama sebenarnya, Farah Nadia Zainal Abidin berkongsi berita tersebut menerusi laman Instagram. Malah, pelakon drama bersiri ‘Dendam Seorang Isteri’ ini turut memuat naik foto sebelum dan selepas Kalsom mendapatkan rawatan.
Pelakon itu bagaimanapun bersyukur apabila memaklumkan Som kini kian beransur baik. Menerusi ruangan komen, rata-rata peminat mendoakan agar Kalsom cepat sembuh dan pulih seperti sedia kala.
“Sian som. Mommy kene kuat.” – “Alhamdulillah kembali ok.. anak saya pun eczema.. melepuh2 kulit mcm melecur.. Nad boleh try Dr Ko Skincare Specialists juga.. pergi HQ di Klang.. terbaik..” – “Pedih tu,” antara komen-komen netizen.
Untuk makluman, Nad telah mendirikan rumah tangga bersama Muhammad Faliq Amirullah pada 18 Disember 2015. Hasil perkongsian hidup, pasangan ini dikurniakan dua orang cahaya mata bernama Fahad Ibrahim, 6 tahun dan Budi Kalsom, setahun.
NAD ZAINAL KONGSI PERKEMBANGAN TERKINI ANAK DISERANG EKZEMA
Disyorkan Untuk Anda :
- Pemansuhan AP Bertentangan Dengan Perlembagaan Malaysia
- Sekali Lagi Kenyataan Perdana Menteri Di Sanggah!!!
- Adakah Bukti SPRM Mampu Meyakinkan Peguam Negara?
Lawati Laman :
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : – MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Penderaaan rumahtangga : – Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999.
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214. Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929.
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda.
Doctrine Basic Structure Yang Di Perjuangkan Hakim Tertentu Bercanggah Dengan Perlembagaan