Pesara guru rugi RM470,000

Pesara guru rugi RM470,000
Mangsa cuba membuat pinjaman untuk membantu rakannya. – Foto hiasan NSTP

Pesara guru rugi RM470,000

KUANTAN: Seorang pesara guru warga emas dari Temerloh kerugian RM472,941 selepas terpedaya dengan pinjaman tidak wujud.

Mangsa berusia 65 tahun menetap Lanchang, tertarik dengan pinjaman yang ditawarkan selepas melihat iklan pinjaman wang berlesen di laman web Google pada Februari lalu.

Pemangku Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang, Deputi Superintendan Yap Huat Tian, berkata mangsa berminat untuk membuat pinjaman peribadi sebanyak RM2.5 juta dan mengisi borang secara dalam talian.

Katanya, mangsa dihubungi oleh dua ejen syarikat pengurusan pinjaman yang menyatakan permohonan pinjaman wanita terbabit sudah diluluskan.





“Untuk mengaktifkan sistem pembayaran mangsa perlu memasukkan bayaran pendahuluan pertama sebanyak RM50,000 dengan dua transaksi.

“Selepas itu, mangsa membuat 41 transaksi ke dalam akuan berbeza bagi tujuan melancarkan sistem pinjaman merit markah, demi meluluskan pinjaman sebanyak RM2.5 juta.

“Mangsa melakukan 41 transaksi ke dalam akaun terdiri daripada kakitangan syarikat dengan alasan bagi mengelakkan dikenakan cukai kerajaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, mangsa memindahkan wang sebanyak RM454,168, namun dia masih gagal untuk mendapatkan pinjaman yang dijanjikan.

Katanya, mangsa diarahkan untuk memasukkan lagi wang sebanyak RM450,000 untuk tujuan cubaan akaun.





Huat Tian berkata, selepas gagal mendapat pinjaman pertama, mangsa membuat pinjaman kedua sebanyak RM150,000 juga melalui laman web google.

Beliau berkata, proses pinjaman sama dengan pinjaman kali pertama iaitu secara online, dan mangsa perlu membuat bayaran kepada pihak syarikat kedua sebanyak RM18,773.40 melalui lapan transaksi menggunakan akaun berbeza.

Katanya, selepas merasa curiga dengan pihak syarikat pertama dan kedua, mangsa tidak berputus asa untuk mendapatkan pinjaman, lantas mencari syarikat ketiga.

“Syarikat ketiga mengugut mangsa, sekiranya enggan meneruskan pinjaman akan dikenakan bayaran ke atas lelongan pinjaman terbabit.

“Mangsa mendakwa membuat pinjaman kerana ingin membantu rakannya seorang warga Amerika Syarikat yang dikatakan mengalami kerugian berjuta ringgit dalam perniagaan serta bayaran upah pekerja, termasuk cukai kerajaan untuk mencairkan sitaan wang ayahnya.





“Mangsa mula menyedari dia ditipu oleh sindiket pinjaman yang tidak wujud dan membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Bentong, semalam,” katanya.

Siapa Yang Lebih Sesuai Siasat Hakim Nazlan, SPRM Atau Jawatankuasa Etika Hakim?

Pesara guru rugi RM470,000

 


​Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : – MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392





Penderaaan rumahtangga : –  Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999.

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214. Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda.

Doctrine Basic Structure Yang Di Perjuangkan Hakim Tertentu Bercanggah Dengan Perlembagaan

 





Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker