Polis tahan lelaki pukul warga emas

Polis tahan lelaki pukul warga emas
SHAH ALAM: Seorang lelaki ditahan selepas dipercayai memukul lelaki warga emas, berhampiran jejantas di Padang Jawa, dekat sini, hari ini.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata kejadian itu dipercayai berlaku kira-kira am 12 tengah hari tadi dan tular di media sosial.
Katanya, mangsa iaitu pesara swasta berusia 61 membuat laporan mengenai kejadian itu pada jam 2 petang.
“Difahamkan ketika kejadian, mangsa memandu bersama isteri serta cucu untuk ke Putrajaya dan ketika sedang membelok ke kanan menghala ke Alam Avenue (Seksyen 16), suspek yang menaiki motosikal berada di sebelah kiri kereta mangsa menjerit dan memarahi mangsa.
“Mangsa berhenti untuk memeriksa sekiranya ada perlanggaran. Selepas keluar dari kereta, suspek berusia 23 tahun terus menendang mangsa di dada kiri.
“Lelaki itu juga mendakwa suspek duduk atas badannya dan menumbuk muka serta kepala mangsa bertubi-tubi yang menyebabkan mangsa mengalami bengkak bawah mata, kepala serta sakit bahagian rusuk,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Katanya, individu yang mempunyai maklumat berkaitan kes ini boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Nur Syuhada di talian 018-9124770.
Hari ini, rakaman 21 saat tular di media sosial yang memaparkan seorang lelaki yang memakai topi keledar memukul seorang lelaki warga emas di tengah jalan.
Tiga lelaki disyaki pukul lelaki sampai mati ditahan
Polis tahan lelaki pukul warga emas
Disyorkan Untuk Anda :
- Pemansuhan AP Bertentangan Dengan Perlembagaan Malaysia
- Sekali Lagi Kenyataan Perdana Menteri Di Sanggah!!!
- Adakah Bukti SPRM Mampu Meyakinkan Peguam Negara?
Lawati Laman :
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : – MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Penderaaan rumahtangga : – Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999.
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214. Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929.
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda.
Doctrine Basic Structure Yang Di Perjuangkan Hakim Tertentu Bercanggah Dengan Perlembagaan