RM19.8 juta kerugian akibat Macau Scam hanya dalam 4 bulan

RM19.8 juta kerugian akibat Macau Scam hanya dalam 4 bulan
SHAH ALAM: Polis Selangor menyifatkan jenayah penipuan Macau Scam di negeri ini membimbangkan apabila 156 kes direkodkan membabitkan kerugian berjumlah RM19.8 juta hanya dalam tempoh empat bulan pertama tahun ini.
Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed berkata, kebanyakan kes dilaporkan membabitkan transaksi dalam talian sama ada dengan menyamar sebagai penjawat awam atau pembelian barangan tidak wujud.
Katanya, pemerhatian pihaknya turut mendapati mangsa terdiri semua golongan termasuk korporat dan kakitangan kerajaan.
“Sepanjang tempoh Januari hingga April lalu, sebanyak 156 kes penipuan Macau Scam direkodkan dengan kerugian melebihi RM19 juta.
“Kes paling tinggi serta melibatkan kerugian besar membabitkan sindiket yang menyamar sebagai pegawai Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Kumpulan Simpanan Wang Pekerja (KWSP) dan Tabung Haji (TH).
“Situasi ini amat membimbangkan yang mana ia menunjukkan masih ramai mangsa terpedaya dengan sindiket ini, justeru sesuatu perlu dilakukan,” katanya pada sidang media selepas Majlis Tamat Latihan dan Penyampaian Sijil Pelantikan Pegawai Sukarelawan Polis Siswa-Siswi (Kor SUKSIS) Universiti Teknologi MARA (UiTM) hari ini.
Disyorkan Untuk Anda :
- Mengapa KJ Tidak Di Siasat Dalam Kes Zahid Hamidi?
- Siapa Wanita Yang Di Katakan Isteri Baru Najib Dan Siapa Suami Beliau Sebenarnya?
- PH: Lantikan Tajuddin Sebagai Duta Memalukan, Don’t Probok Probok Lah…
Beliau berkata, punca utama kes penipuan masih berleluasa adalah kerana sindiket membuat mangsa panik, sekali gus mempercayai atau terpengaruh dengan tipu daya mereka.
Katanya, undang-undang sedia ada iaitu melalui Seksyen 420 Kanun Keseksaan juga perlu dipinda seiring peredaran zaman, yang mana kini kaedah pemindahan wang banyak dilakukan secara dalam talian.
Jelasnya, tindakan undang-undang turut diambil terhadap pemilik akaun (keldai akaun) kerana membenarkan akaun mereka digunakan pihak lain bagi tujuan penipuan.
Sementara itu, Arjunaidi memaklumkan pihaknya menyokong penuh sekiranya 554 pelatih Kor SUKSIS di empat universiti di Selangor mahu terus menabur bakti bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM).
“Semua pelajar di empat universiti termasuk UiTM itu amat digalakkan menyertai bidang kepolisan, sama ada pegawai atau anggota dan mereka sentiasa dialu-alukan untuk menjadi sukarelawan polis selepas tamat pengajian kelak,” katanya.
RM19.8 juta kerugian akibat Macau Scam hanya dalam 4 bulan
Disyorkan Untuk Anda :
- Pemansuhan AP Bertentangan Dengan Perlembagaan Malaysia
- Sekali Lagi Kenyataan Perdana Menteri Di Sanggah!!!
- Adakah Bukti SPRM Mampu Meyakinkan Peguam Negara?
Lawati Laman :
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : – MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Penderaaan rumahtangga : – Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999.
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214. Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929.
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda.
Doctrine Basic Structure Yang Di Perjuangkan Hakim Tertentu Bercanggah Dengan Perlembagaan