Sekali Lagi Kenyataan Perdana Menteri Di Sanggah!!!

Sekali Lagi Kenyataan Perdana Menteri Di Sanggah!!!

Sekali Lagi Kenyataan Perdana Menteri Di Sanggah!!!

Baru 3 hari lepas (18 Mei 2022), Perdana Menteri, Ismail Sabri mengumumkan permit impot (AP) untuk bahan makanan dimansuhkan.

Beliau juga berkata ianya berkuatkuasa serta merta.

Ismail Sabri juga memberikan gambaran bahawa mulai sekarang, siapa sahaja boleh mengimpot bahan makanan dari luar negara.





Sehari selepas pengumuman Ismail Sabri, Kementerian Pertanian Dan Industri Makanan (MAFI) pula keluarkan kenyataan.

Pertama, pemansuhan AP yang diumumkan oleh Ismail Sabri hanya merangkumi kobis bulat, kelapa tua biji, ayam (keratan ayam dan ayam bulat) dan susu cair.

Manakala bahan makanan yang lain seperti beras, masih lagi memerlukan AP.

MAFI juga memaklumkan bahawa walau pun AP tidak lagi diperlukan untuk mengimpot bahan makanan tersebut, permit impot (IP) tetap diperlukan!!!

Persoalannya, apakah rasionalnya MAFI mewajibkan IP selepas kerajaan memansuhkan AP?





Bukankah pengumuman Ismail Sabri bermaksud semua bahan makanan, mengapa pula MAFI menghadkan kepada sebahagian kecil bahan makanan?

Yang kita harapkan ialah sumber makanan penting seperti beras, gandum, minyak masak, gula dan sebagainya.

Bukannya kobis!!!

Bila pula rakyat Malaysia menjadikan kobis sebagai makanan ruji?

Apakah Ismail Sabri sekali lagi membuat kenyataan populis atau beliau tidak dapat mengawal kabinet beliau sendiri?





 

Sekali Lagi Kenyataan Perdana Menteri Di Sanggah!!!

 

Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker