Skuad memanah negara raih pengalaman berguna di Hanoi

Skuad memanah negara raih pengalaman berguna di Hanoi
Atlet memanah negara, Juwaidi Marzuki (kanan) dan Fatin Nurfatehah Salleh meraikan kemenangan memenangi emas selepas menewaskan wakil Filipina dalam acara akhir compound berpasangan campuran pada Sukan SEA 2021 di Pusat Latihan Sukan Nasional Hanoi pada Khamis lalu. – Foto NSTP/Hairul Anuar Rahim.

Skuad memanah negara raih pengalaman berguna di Hanoi

HANOI: Jurulatih skuad memanah negara, Muhammad Marbawi Sulaiman menyifatkan barisan anak didiknya yang rata-ratanya muka baharu sudah meraih pengalaman berguna di temasya Sukan SEA 2021 di sini.

Ia boleh dianggap sebagai satu pelaburan terbaik dalam usaha memastikan Malaysia tidak ketandusan bakat baharu yang mampu beraksi pada penampilan temasya akan datang.

Jurang prestasi antara pemanah senior dan pelapis tampak masih besar dan ia boleh dinilai menerusi kutipan pingat emas terutama disumbangkan pemanah pengalaman seperti Mohd Juwaidi Mazuki dalam acara compound individu lelaki.

Juwaidi terus cemerlang dengan merangkul emas ketika bergandingan dengan Fatin Nurfatehah Mat Salleh untuk memenangi acara compound berpasukan campuran.





Bagi Marbawi, pengalaman tentunya amat berguna dalam sukan ini apatah lagi untuk mengatasi perasaan gugup ketika beraksi di temasya besar seperti Sukan SEA.

“Apa yang boleh dikatakan, bagi saya pemanah baru seperti ini memerlukan pengalaman terutama untuk mencari keserasian dalam pasukan dan juga membina keyakinan dalam diri masing-masing.

“Jika dalam pasukan, pemanah senior mereka lebih tenang kerana mempunyai pengalaman sebelum ini dan tahu dimana perlu diperbaiki jika melakukan kesilapan.

“Berbanding dengan pemanah baru ini, sukar untuk mereka mengawal perasaan gementar itu. Saya percaya ini satu pengalaman terbaik bagi mereka untuk temasya akan datang,” katanya.

Pada edisi ke-31 di sini, skuad memanah membawa pulang dua emas, dua perak dan lima gangsa dan berada di tangga kedua keseluruhan dalam senarai pungutan pingat manakala Indonesia muncul juara keseluruhan dengan lima emas dan satu perak.





Suresh mara ke final

 

Skuad memanah negara raih pengalaman berguna di Hanoi


​Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : – MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Penderaaan rumahtangga : –  Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999.





KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214. Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda.

Doctrine Basic Structure Yang Di Perjuangkan Hakim Tertentu Bercanggah Dengan Perlembagaan

 





Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker