Sonia tetap puas hati meskipun gagal tepati sasaran

Sonia tetap puas hati meskipun gagal tepati sasaran
Gambar fail – Sonia Cassendra Masne. – Foto ihsan Stadium ASTRO

Sonia tetap puas hati meskipun gagal tepati sasaran

HANOI: Atlet angkat berat wanita negara, Sonia Cassendra Masne tetap berpuas hati dengan angkatan dilakukan dalam saingan final kategori 71 kilogram (kg) pada Sukan SEA 2021 di sini, walaupun tidak berjaya menetapi sasaran peribadi.

Sonia, 22, yang melakukan angkatan 90kg untuk snatch dan 123kg clean & jerk dengan angkatan keseluruhan 213kg berkata, keputusan di Pusat Latihan dan Pertandingan Sukan Hanoi hari ini boleh dianggap baik apatah lagi baru pulih daripada kecederaan lutut.

“Setakat ini, saya boleh katakan okey walaupun tak dapat buat rekod kebangsaan. Sebenarnya, saya sudah lama tak melakukan angkatan lebih 120kg. Jadi saya berpuashati dengan keputusan.

“Rekod saya sebelum ini 130kg yang saya lakukan dalam tempoh dua tahun sebelum ini. Selepas itu, latihan saya tidak berlangsung dengan lancar kerana COVID-19. Latihan untuk persiapan Sukan SEA ini pun boleh dikatakan pada saat akhir, dalam satu bulan lebih saja.





“Ketika kem latihan, saya tak dapat buat angkatan lebih daripada 110kg. Jadi hari ini agak terkejut juga persembahan saya,” kata Sonia yang meletakkan sasaran peribadi 100kg untuk snatch dan 140kg clean&jerk pada penampilan sulungnya di Sukan SEA 2021.

“Sebenarnya sangat gugup (untuk beraksi di Sukan SEA) kerana saya mengalami kecederaan lutut dan ia mengganggu mental saya. Sudah dua tahun saya mengalami kesakitan ini.

“Apapun, kecederaan itu sudah semakin pulih berbanding ketika pertama kali menyertai kem latihan… sangat sakit, tak boleh mencangkung ataupun mengangkat besi kosong sekalipun,” katanya.

Pingat emas kategori ini dimenangi atlet Thailand, Duangaksorn Chaidee dengan jumlah angkatan keseluruhan 279kg manakala perak diraih Nurul Akmal dari Indonesia, 252kg.

Atlet tuan rumah, Nguyen Thi Kim Van dengan angkatan keseluruhan, 251kg manakala Sonia melengkapkan pentas final dengan berada di tempat kelima daripada lima peserta.





MIERUL AIMAN TEPATI JANGKAAN, MUNCUL JUARA

Sonia tetap puas hati meskipun gagal tepati sasaran


​Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : – MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Penderaaan rumahtangga : –  Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999.

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214. Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929.





Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda.

Doctrine Basic Structure Yang Di Perjuangkan Hakim Tertentu Bercanggah Dengan Perlembagaan

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker