UMNO, BN Perlis sedia bergerak solo tanpa kerjasama PAS

UMNO, BN Perlis sedia bergerak solo tanpa kerjasama PAS
Gambar hiasan

UMNO, BN Perlis sedia bergerak solo tanpa kerjasama PAS

KANGAR: UMNO dan Barisan Nasional (BN) Perlis bersedia untuk bergerak solo tanpa membabitkan kerjasama dengan PAS bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) sekiranya parti itu tidak ingin meneruskan kerjasama menerusi Muafakat Nasional (MN).

Pengerusi BN Perlis, Datuk Seri Azlan Man, berkata UMNO negeri tidak mempunyai sebarang kerjasama dengan PAS dan apa yang dilakukan sebelum ini dibuat secara bersendirian.

“Tidak ada pun kerjasama politik di antara BN dan PAS pada masa ini,” katanya yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri kepada pemberita di sini, malam tadi.

Beliau berkata, dapat dilihat bahawa isyarat yang ditunjukkan oleh pemimpin PAS dilihat tidak konsisten sama ada mahu meneruskan atau menamatkan kerjasama MN dengan meletakkan kesalahan kepada UMNO menerusi kenyataan negatif oleh beberapa pemimpin PAS sebelum ini.





“Kenyataan sebegini tidak memberikan semangat untuk kita menghidupkan kembali MN namun ia tertakluk kepada keputusan yang dibuat oleh kepimpinan tertinggi UMNO nanti,” katanya menambah bagi meneruskan MN, ia terpulang kepada PAS untuk membuat pilihan dan UMNO juga mempunyai pilihan sendiri.– BERNAMA

PRN Melaka: UMNO Bergerak Solo, PAS Buat Keputusan Kekal Bersama PN

UMNO, BN Perlis sedia bergerak solo tanpa kerjasama PAS


​Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : – MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Penderaaan rumahtangga : –  Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999.





KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214. Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda.

Doctrine Basic Structure Yang Di Perjuangkan Hakim Tertentu Bercanggah Dengan Perlembagaan

 





Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker