Yayasan Sabah tawar rebat khas 25 peratus langsai pinjaman pengajian

Yayasan Sabah tawar rebat khas 25 peratus langsai pinjaman pengajian
KOTA KINABALU: Yayasan Sabah menawarkan rebat khas 25 peratus kepada peminjam pengajian daripada yayasan itu yang mahu melangsaikan baki pinjaman mereka hingga 30 Jun depan.
Pengarahnya, Datuk Ghulamhaidar Khan Bahadar, berkata tawaran itu adalah sebagai insentif untuk mereka menyelesaikan secara sekali gus pinjaman masing-masing.
Beliau berkata, rebat khas itu ditawarkan mulai 1 April lalu kepada semua peminjam pengajian tanpa mengambil kira aspek tempoh pembayaran balik yang dipendekkan.
“Sebelum ini, rebat 25 peratus hanya diberi kepada peminjam pengajian yang ingin memendekkan tempoh pembayaran balik sekurang-kurang 75 peratus daripada tempoh pembayaran balik ditetapkan.
“Namun, kali ini semua peminjam layak mendapatkan rebat 25 peratus tanpa mengambil kira tempoh pembayaran balik berdasarkan syarat yang ditetapkan,” katanya dalam satu kenyataan, di sini.
Beliau berkata, peminjam yang mahu mendapatkan tawaran itu perlu menandatangani surat akuan penerimaan rebat sebelum menyelesaikan baki pinjaman masing-masing.
Disyorkan Untuk Anda :
- Mengapa KJ Tidak Di Siasat Dalam Kes Zahid Hamidi?
- Siapa Wanita Yang Di Katakan Isteri Baru Najib Dan Siapa Suami Beliau Sebenarnya?
- PH: Lantikan Tajuddin Sebagai Duta Memalukan, Don’t Probok Probok Lah…
Selain itu, katanya, Yayasan Sabah juga mempelbagaikan kemudahan untuk peminjam membuat pembayaran balik, termasuk melalui kaedah bayaran dalam talian.
“Peminjam ada pelbagai pilihan pembayaran digital seperti aplikasi Maybank2u untuk pelanggan Maybank, selain kemudahan pemindahan wang menggunakan telegraf dan JomPAY bagi pelanggan bank lain.
“Sebagai alternatif, Yayasan Sabah juga menerima pembayaran melalui arahan tetap bank, draf bank dan cek.
“Selain itu, peminjam boleh mengunjungi kaunter pembayaran Yayasan Sabah di Aras 6, Menara Tun Mustapha, Teluk Likas, Kota Kinabalu, atau pejabat zon Yayasan Sabah di seluruh negeri,” katanya.
Ghulamhaidar berkata, kutipan pembayaran balik pinjaman pengajian itu penting bagi membolehkan yayasan berkenaan terus menyokong atau memberi tajaan pendidikan kepada pelajar lain yang memerlukan.
Yayasan Sabah menyediakan kemudahan pinjaman pengajian, selain biasiswa untuk menaja pelajar dari negeri ini melanjutkan pelajaran dalam pelbagai bidang di universiti tempatan.
Hadiah Yang Bermakna, TNB Setuju Beri Rebat 100% Secara One-Off Untuk Bil Bulan Disember
Yayasan Sabah tawar rebat khas 25 peratus langsai pinjaman pengajian
Disyorkan Untuk Anda :
- Pemansuhan AP Bertentangan Dengan Perlembagaan Malaysia
- Sekali Lagi Kenyataan Perdana Menteri Di Sanggah!!!
- Adakah Bukti SPRM Mampu Meyakinkan Peguam Negara?
Lawati Laman :
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : – MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Penderaaan rumahtangga : – Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999.
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214. Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929.
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda.
Doctrine Basic Structure Yang Di Perjuangkan Hakim Tertentu Bercanggah Dengan Perlembagaan