14 mayat ditemukan terdampar di pantai Myanmar

14 mayat ditemukan terdampar di pantai Myanmar
Foto hiasan – AFP

14 mayat ditemukan terdampar di pantai Myanmar

YANGON: Polis Myanmar pada Isnin mengesahkan 14 mayat termasuk kanak-kanak Rohingya ditemui terdampar di pantai negara itu.

Suruhanjaya Tinggi Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Pelarian (UNHCR), turut melaporkan 17 pelarian dikhuatiri meninggal dunia selepas bot yang dinaiki mereka terbalik.

Agensi itu berkata kumpulan itu dipercayai cuba untuk sampai ke Malaysia.

Menurut jurucakap polis daerah Pathein, Leftenan Kolonel Tun Shwe, 14 mayat ditemui, manakala 35 orang termasuk pemilik bot ditemui selamat.





UNHCR berkata bot itu berlepas dari Sittwe, di barat Myanmar pada Khamis lalu dan terbalik dua hari kemudian akibat laut bergelora.

Sementara itu, seorang ahli organisasi menyelamat Myanmar di Pathein, berkata lapan mayat ditemui di pantai, Ahad lalu.

Aktivis Rohingya, berkata 12 wanita dan dua kanak-kanak meninggal dunia. Bot berkenaan membawa orang dari bandar Buthidaung, Maungdaw dan Sittwe.

Mangsa yang terselamat memberitahu 61 orang menaiki bot berkenaan dan 12 lagi masih belum ditemui.

Mereka yang terselamat kini ditahan di balai polis Pathein.





Beliau bagaimanapun tidak memberitahu sama ada mereka akan didakwa, seperti yang biasa berlaku kepada pelarian Rohingya lain kerana cuba meninggalkan Myanmar.

Pengarah UNHCR Asia dan Pasifik, Indrika Ratwatte, berkata tragedi terbaru ini, sekali lagi menunjukkan rasa terdesak yang dirasai oleh Rohingya di Myanmar dan rantau ini,” katanya.

Pada Mac lalu, Amerika Syarikat (AS) berkata keganasan terhadap komuniti itu berjumlah kepada pembunuhan beramai-ramai dengan bukti jelas bahawa pihak tentera cuba untuk memusnahkan kumpulan itu. – AFP

Mayat mangsa kemalangan bot ditemukan





14 mayat ditemukan terdampar di pantai Myanmar


​Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : – MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Penderaaan rumahtangga : –  Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999.

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214. Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda.


Cubaan Segelintir Hakim Menukar Amalan Perlembagaan Malaysia Mengikut Acuan Amalan Perlembagaan India





 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker