AMAR ASYRAF ENGGAN ULAS DAKWAAN KAHWIN KALI KETIGA

"KALAU ADA YANG TAHU, TAHULAH... SAYA BERPEGANG DENGAN KATA-KATA BEBERAPA ULAMA"

AMAR ASYRAF ENGGAN ULAS DAKWAAN KAHWIN KALI KETIGA

AMAR ASYRAF ENGGAN ULAS DAKWAAN KAHWIN KALI KETIGA

Berhubung nama kembali menjadi tumpuan apabila didakwa sudah berkahwin kali ketiga, selepas kes cerai talak tiga dengan isteri keduanya selesai, pelakon Amar Asyraf bagaimanapun enggan mengiyakan dan menafikan berhubung status rumah tangganya itu.

Amar atau nama sebenarnya Amar Asyraf Zailuddin, 35, ketika dihubungi berkata, keutamaan kini diberikan terhadap kesihatan mentalnya berbanding kepentingan untuk memberi penjelasan kepada umum berhubung isu yang timbul.

“Saya tidak mahu mendedahkan apa-apa. Sesiapa yang berjiran dengan saya pasti tahu saya sudah berkahwin atau tidak. Namun, saya memilih untuk tidak berkongsi dengan umum.






“Tiada keperluan sebenarnya untuk saya jelaskan kepada umum berhubung status saya. Bagi saya, bukan nak merahsiakan tapi lebih memilih untuk privasi apabila membabitkan hal rumah tangga.

“Saya sebenarnya tak ada apa nak cakap atau beritahu apa-apa. Apa yang terjadi sebelum ini memberi pengajaran kepada saya. Jadi, saya mengambil pendekatan tidak mahu berkongsi apa-apa mengenai kehidupan peribadi.

“Kalau ada yang tahu, tahulah. Lagipun, saya berpegang dengan kata-kata beberapa ulama yang beritahu tak boleh kongsi usia, harta dan kisah keluarga kepada umum,” ujarnya yang dipetik sebagai berkata kepada Harian Metro.


​Disyorkan Untuk Anda :


Spekulasi kahwin kali ketiga itu bermula apabila tular foto mesra Amar dengan seorang wanita dikenali sebagai Farhana mengenakan busana berwarna putih semalam. Foto berkenaan yang dimuat naik pada 19 Mac lalu itu dipercayai daripada Instagram milik ibu kepada pelakon drama ‘Perempuan’ Itu.

Selain itu, Amar turut berharap tiada mana-mana pihak mengganggu ketenangan keluarganya memandangkan dia kini lebih aktif dalam bidang perniagaan. Menurut Amar, dia lebih memberi tumpuan kepada perniagaan menjual produk wangian menerusi laman sosial House Of Amar dan produk Dmgia.





“Kehidupan saya pun dah tenang dan berharap sangat tiada mana-mana pihak mengganggu kehidupan privasi saya sekeluarga. Saya pun sekarang lebih fokus kepada perniagaan,” katanya.

NORA ARIFFIN ULAS SITUASI LUAH PERASAAN DI KUBUR

AMAR ASYRAF ENGGAN ULAS DAKWAAN KAHWIN KALI KETIGA


​Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : – MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Penderaaan rumahtangga : –  Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999.





KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214. Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda.


Cubaan Segelintir Hakim Menukar Amalan Perlembagaan Malaysia Mengikut Acuan Amalan Perlembagaan India

 





Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker